photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Sinopsis Novel

Sinopsis Novel


                                                                Tajuk: Janji Cinta Kita

Novel ini adalah rekaan dan halusinasi saya sebagai penulis, tiada kaitan dengan sesiapapun

Sinopsis:

Percintaan yang diputus di tengah jalan antara Nurul Ashrin Riskirina  dan Ahmad Haziq Asyraf yang menyebabkan Riskirina melarikan diri ke Kota Singapura membawa duka hati yang sudah tersakiti akibat perbuatan kekasih hatinya itu. Panggilan Ikin nama yang diberi oleh Arwah Mummynya. Dengan nama itu dirinya melakarkan diri dan menjadi seorang yang lain dari yang lain. Dahulunya cuma gadis gemuk yang manja tapi di Kota Singapura dia menjadi anak yang ganas dan seorang model di cawangan auntynya di Zu Butik yang merupakan Butik yang diiktirahkan antarabagsa dan secara tidak langsung dirinya juga melibatkan dunia modelling . Dunia ganas yang ditempuhi andalah melibatkan diri dalam dunia lumba kereta dan juga pemotoran kuasa besar.




Di saat seorang jejaka berketurunan Singapora-Korea yang dikenali Imran Hakimi Joong cuba mendekati dirinya, kenangan lampau sering kali membayangi hidupnya. Sehinggakan empat tahun diburu oleh lelaki idaman tempat dirinya belajar. Prinsip yang ditanam masih sama, tapi lelaki itu masih mencuba walaupun dianggap kawan rapat sahaja tapi itu cukup memuaskan hatinya yang selalu ingin mendekati wanita yang menjadi pujaan hatinya itu. Keunikkan yang dimilikki cukup membuatkan hatinya memberontak. Bukan kerana rupa yang dimiliki wanita itu, tapi keperibadian yang dimiliki oleh wanita itu.






Selepas percintaan itu putus Ahmad Haziq Asyraf, telah menjadi lelaki yang hanya akan mempermainkan hati perempuan yang cuba mendekati dirinya. Hidupnya hanya berfoya-foya. Perempuan ibarat baju untuknya, kalau dirinya suka dirinya akan memakai selalu, bila dirinya bosan dirinya akan buang sebegitu sahaja. Itulah dia Asyraf yang berubah dan masih kekal menjadi seperti itu setelah tujuh tahun berlalu. Ini semua akibat janjinya kepada wanita yang pernah dicintai! Dirinya akan menjadi 'playboy' apabila perhubungan itu putus. Gelaran 'playboy' itu ibarat membuat dirinya tersenyum. Tapi hatinya masih milik sang puteri yang pernah bertakhta di hidupnya. Kenangan itu membuatkan dirinya luka, dan janji itu membuatkan dia diburu.



 Kepulangan Riskirina akibat perintah dan perjanjian bersama daddynya Dato Ismadi Arsyad akhirnya dirinya akur pulang ke Malaysia dan berkerja di Isma Holding syarikat perkapalan terkemuka Asia . Disebalik perjanjian itu tersebut ada seribu satu makna kepulangannya. Tanpa diduga dirinya dipaksa berkahwin dengan lelaki yang langsung dirinya kenal. Dari situ kehidupan berubah seratus peratus. Perkahwinan bersama lelaki yang pernah dibernci olehnya bagaikan bencana dirinya.Dirinya diburu lagi! Akurnya dirinya akibat pengalaman hitam antara mummy dan daddy. 
Apakah kenangan hitam itu? Siapa lelaki itu? Adakah ruang cinta? Bahagiakah mereka?

Janji Cinta Kita
:Bab 3 Janji Cinta Kita

No comments: