photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Tuesday 23 April 2013

who I actually?

who I actually?

Asalamualaikum dan salam semua.Hari nie aku nak cerita pasal diri aku sendiri.
Sebelum tu aku kenal kan diri aku dulu okey ;)

Nama:Nurul Ashikin Binti Ismail
Umur:16 tahun
Sekolah:Hwa Lian
Status:Single :)

 Aku adalah seorang yang mudah berkawan dengan orang,tak kiralah melayu,cina,india,sabah ataupun orang putih sekali pun janji dia baik untuk dijadikan kawan.Aku ada sifat-sifat yang boleh digambarkan seorang yang manja.Kadang-kadang hati aku mudah tersentuh.Tapi dengan satu potong ayat yang arwah emak aku cakap 'Adik sampai bila nak jadi budak manja nie?Cuba kuat sikit',bila aku menangis ayat itulah pembakar semangat untuk diri aku untuk terus maju kehadapan.Mak aku telah meninggal enam tahun yang lepas,sejak aku berumur 10 tahun.Seriusly time tu aku tak tahu apa-apa tentang kematian.Aku ingat lagi,aku akan menangis bila ramai orang melihat aku dan cakap 'mak dah tak ada'.Sejak itu aku tinggal dengan abah aku,seorang bekas anggota polis.

  Dialah satu-satunya manusia yang aku ada.Dialah lelaki yang paling aku sayang dekat dunia ini dan tiada sesiapa pun yang boleh gantikannya.TAK ADA SESIAPA PUN!!!!.Dalam tegasnya dia,dia seorang penyayang.Dia selalu bagi aku semangat dan dorongan untuk diri aku.Dia tidak pernah menengking mahupun memukul diri aku walaupun mencubit.Dia hanya memberi nasihat yang cukup membuat diri aku terasa.Tanpa dia aku tak tahu bagai mana aku nak teruskan kehidupan aku ini.Dalam hidup aku,aku hanya mempunyai seorang abah,seorang kakak dan seorang abang.



  Okey tutup cerita pasal family aku okey--------------------tutup cerita.



   Korang tahu tak hobi aku apa?Ehh,buat masa sekarang hobi aku ada membaca novel





Ini adalah antara novel yang paling aku minat.'Akulah Cinderella' adalah puncannya terjebaknya diri aku ke dalam dunia novel ini.First time aku baca membuat aku selalu ingin membaca.Seriusly kawan-kawan aku semua minat untuk baca novel tapi aku tak.Aku minat gila baca komik.Aku kata novel memboringkan.Tapi tidak kini.'Hantu novel' boleh dikatakan untuk diri aku ini.Sejak itu aku mula mencari-cari novel untuk dibaca.Dan untuk pengetahuan aku minat menulis sejak dulu lagi,tapi tak ada masa.Sekarang nie,aku cuma menulis novel bersama kawan aku Hanisah.Tapi entah bila nak siap pun tak boleh.Maklumlah tahun depan nak SPM.So yang korang rasa Novel itu membosankan,baik tak payah.Nanti menyesal tak bersudah.So apa kata korang mulakan membaca novel .Selamat mencuba.



Stress?


Apa itu stress?Korang pernah alami stress?Waktu bila?Sekarang?Aku ada lebih kurang tiga tips saya untuk menghilangkan stress.Pertama.Aku seorang yang selalu inginkan kedamaian dan suka melihat alam semula jadi.Setiap malam,bila bintang kelihatan dilangit pasti aku akan duduk dekat belakang rumah yang langsung tiada sesiapa kunjungi.Sambil melihat bintang akan aku cari bintang yang paling terang dan akan aku bayangkan seseorang yang aku sayang.Ciptaan ALLAH sungguh cantik dan indah yang tidak boleh kalahi.Sungguh besar ciptaannya.


Kedua adalah.Coklat.Siapa suka makan coklat.Confirm semua sukakan?Tak perlu dicerita lagi.Coklat juga salah satunya.Rasa kemanisannya cukup membuat diri aku puas.Tapi tak lah sekali gus,cuma sekadar kepuasan untuk diri aku sendiri.Okey yang ketiga adalah menulis masalah kita di sekeping kertas lalu kita menulis di kertas. EXAMPLE "Aku stress gila' lalu akan aku bakar kan kertas itu membuang segala stess untuk diri aku.Aku seperti kepuassan yang amat.Bagaikan masalah itu telah hilang.So korang yang stress tu apa kata korang buat okey 
















Hampir enam belas tahun sepanjang hidup aku,aku tidak pernah mempunyai pasangan CINTA.Seriusly!Siapa tak nak merasa apa itu cinta dalam hidup kitakan?Kalau korang tanya budak kecik a.k.a budak sekolah rendah confirm nak ada pakwa kan?Bukan aku nak kata tak laku dan aku bukan nak kata aku laku.Nak kata memilih pun tidak,cuma aku nak cari yang terbaik untuk diri aku.Aku tak nak menangis disebabkan lelaki.Hanya satu nama satu berada di hati aku.Seorang insan yang telah menjaga aku iaitu Encik Ismail.Memang semua orang ada perasaan untuk rasa dicanta dan dicintai kan?Semua orang nak merasainya!Dalam hidup aku pernah juga ada lelaki yang aku cinta,tapi dia dah pergi dari hidup aku dan mampu membuat diri aku lupa.Kini diri aku kosong tanpa perasaan cinta terhadap kaum ADAM.Biarlah ALLAH yang menunjukkan yang terbaik untuk diri aku.


Bila orang tanya aku,dah ada pakwa ke?Confirm aku kata 'entah'.Dan bila orang yang bertanya tu confirm cakap 'mesti dah ada'.Aku pun tak tahu nak cakap apa?Apa punca mereka cakap aku dah berpunya?Dah banyak kali kot!!Sebab ayat-ayat cinta dekat facebook ke?Untuk maklumat korang tu ayat aku terjemahkan dalam jiwa kawan-kawan aku yang mengalami cinta dan ayat-ayat tv :)
Buat masa sekarang aku pegang 'gelaran yang tak pernah couple' selepas kawan aku sorang nie baru sahaja couple hari tu.Tahniah!! :) <3


Kini aku rasa cinta tak perlu lagi sehinggalah aku habis belajar MAYBE.Cinta tak perlu dipaksa,Cinta tidak perlukan manusia itu menjadi seorang yang penipu dalam percintaan yang penuh dengan kepura-puraan.Jadilah diri sendiri okey 







TERIMA KASIH SUDI MELAWAT KE ONLINE DIARY AKU .KORANG MEMANG TERBAIK :)
JANGAN LUPA FOLLOW


TAMAT :)