photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Tuesday 17 June 2014

Kesedihan pada cinta

Kesedihan pada cinta


   

      
Assalamualaikum wahai ahli blogger. Entah mengapa hari ini aku nak catatkan sesuatu dekat Penulisan Khayalan aku ini. Selama ini, aku cuma tulis apa yang korang ingin tahu kan? Tapi kali ini aku betul-betul nak cerita diri aku dekat korang. 




Seriusly, aku tak tahu apa perasaan aku sekarang! Nak menangis ke? Nak marah ke? Entah! Okey untuk senang nak faham aku tak tahu apa yang berlaku dengan hati aku sekarang. Aku tak tahu kenapa! Menyimpan seseorang untuk berada di hati kita adalah betul-betul sakit! Sakit sangat sampai tak terasa! Cinta itu sungguh bodoh! Dan dengan itu aku juga turut bodoh. Tak sepatutnya aku isi hati aku untuk dia, sedangkan aku tahu hati aku akan terluka.




Menyimpan nama seseorang dalam hati aku ini seperti satu bencana dalam hidup aku. Tapi salah ke aku lakukan seperti itu? Salah? Dulu aku pernah letakkan nama seorang lelaki itu hinggalah aku ambil keputusan untuk buang nama lelaki itu dari hidup aku. Lapan tahun aku cuma menjadi kawan rapat dan rapat sehinggalah aku mula berubah dan cuba menjauhkan dari dirinya. Dan sekarang, aku isi kembali nama seorang lelaki yang aku rasa di mata aku dirinya lain daripada lain. Tapi aku tak tahu kenapa!!!




Kini aku barulah tahu bagai mana kena tolak... I'm sorry to someone who love me. Serius, bila aku ingat seorang mamat cina yang pernah luahkan perasaan dia depan-depan dengan aku dengan menjerit dari blok bangunan kelas dengan blok bangunan kelas komputar sekolah aku. Aku tahu dirinya jujur, walaupun aku tak dapat terima dirinya, dirinya tetap baik dengan aku. Sehinggakan aku dapat tahu sekarang ini, dia dah jadi lain. Dia dah mula permainkan hati perempuan. Ada orang cakap dia kapel tak kekal.




Pernah juga aku terserempak dengan dia masa aku keluar, dari jauh aku nampak dia berpegang tangan dengan perempuan tapi bila aku terserempak dengan dia, dia lepas tangan perempuan tu. Cuma aku harapkan apa yang berlaku pada dirinya tak ada kaitan dengan aku. Aku harap dia sudi nak jadi kawan aku. Kalau diberi peluang, aku nak sangat tanya dirinya perasaan dia bila aku tolak dirinya dahulu. Aku nak menangis boleh??? Huaaaaaaaaaa




Selain itu, aku pernah juga tolak beberapa orang yang lain. Sebab aku tak kenal mereka, mereka cakap yang dia kenal dengan aku dan selalu tengok aku. Tapi itu bukan alasan. Aku lakukan itu sebab aku taknak isi nama orang lain. Untuk buang nama cinta pertama adalah susah, ialah dah lapan tahun. Tapi aku sedih sangat bila dia hilang macam itu sahaja. Aku harap dia bahagia dekat sana.




Ermmm.... kenapalah aku ubah topik nie? Aku nak cerita pasal laki lain. Entahlah lelaki yang baru dan cuba aku ingin kenali ini mungkin cukup susah untuk aku dapatkan. Orang cantik pun dia sanggup tolak, apatah lagi aku nie kan? Aku taklah secantik perempuan lain! Cukuplah dengan kesempurnaan anggota yang sudah memadai. Sebab aku suka sangat dengan laki ini adalah satu, aku suka sangat dia senyum. Entah mengapa dia ingatkan aku dengan seseorang yang sudah kembali kepada ilahi dan mata dia.




 Aku bukan jenis cepat jatuh cinta, tapi sekadar suka-suka melihat ciptaan ALLAH yang kacak rupanya adalah. Biasalah perempuan pantang nampak sesuatu anugerah yang cantikkan? Perasaan aku ini aku simpankan dan tiada sesiapa pun tahu setulusnya hati aku ini, kecuali LAPTOP aku yang menyimpan penulisan aku selama ini.



Aku tak tahu macam mana perasaan ini datang. Perasaan ini datang dengan tiba-tiba! Aku mula sedar bila, aku akan rasa cemburu bila dia dengan perempuan lain, aku tak suka itu! Aku tak suka untuk menangis untuk lelaki yang tak pasti akan menjadi milik aku, tapi tanggisan aku mengalir juga , takklah tahap meraung ye!!!




Ciri-ciri dia?
Dia ada semua yang aku nakkan dan itu sahaja yang mampu aku katakan. Aku, sebenarnya suka lelaki yang CASUAL. Bagi aku mereka smart dan ada ciri-ciri kepimpinan itu sahaja. Aku bukan jenis perempuan yang gila duit harta semua sebab aku percaya semua itu boleh dicari. Arwah mak dengan Abah orang biasa tapi sesuatu luar jangkaan mereka ada. 




Walaupun aku tahu dia tak akan suka dekat aku selama-lamanya, dan dirinya memilih orang lain aku akan terima sebuka-bukanya. Kerana aku percaya akan datangnya seorang putera idaman yang aku inginkan . Insyaallah....


Tak semestinya apa yang kita inginkan kita akan dapatkan,

Dan tak semestinya apa yang kita dapatkan adalah terbaik,

Dan untuk melepaskan apa yang kita inginkan adalah susah,

Anggap sahaja ada yang lebih baik di masa akan datang...