photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Friday 18 July 2014

Pergilah cinta

Pergilah cinta


       


Assalamualaikum wahai blogger, syukur aku masih bernafas dan syukur saya masih berpeluang untuk menulis sesuatu di catatan Penulisan Khayalan aku

Biasanya aku akan membalas email-email yang di hantar mengenai cinta mahupun nasihat, tapi kali ini aku sendiri cuai dengan perasaan aku sendiri. Sedihkah aku dengan perasaan sekarang ini?

Kecewakah aku? Hanya Allah sahaja tahu perasaan aku sekarang ini, perasaan yang susah aku katakan dalam hal kali ini. Kalau dahulu aku selalu cerita cinta pertama diri aku kan? Cinta lelaki yang aku tolak selama ini? Cinta seorang mamat cina yang membuatkan aku serba salahkan? 

But this time aku bukan nak cerita semua itu.
Aku mengaku dan Ya wanita bernama Nurul Ashikin Binti Ismail adalah seorang wanita yang Tidak Kuat! Seorang wanita yang tak akan berani dengan perasaan dia! 

Saat aku sedang menulis ini, perasaan aku begitu campur sekali. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dekat hati aku ini. Aku binggung, aku tak tahu sama ada aku cinta ataupun apa dekat dia.

Sungguh aku di diduga dengan perasaan kali ini dengan lelaki itu. Terduga sangat! Ya patutnya aku sedar diri aku bukan untuk lelaki itu dan mulai sekarang aku akan cuba. Cuba untuk melupaka semua itu. Cuba untuk yang pernah aku letakkan di hati aku.

Sepatutnya sejak aku kenal dia, aku perlu sedar yang dia bukan untuk aku! Dia untuk orang lain! Dan sedar bahawa ada ramai lagi lelaki yang masih ada dalam dunia ini mampu aku miliki.

Aku sedar siapa diri aku dengan wanita lain! Aku sedar aku tidak di datangkan dengan tubuh badan yang cantik! Muka yang putih! Dan semua itu aku tahu!! Jangan cakap dah!

Hati aku ini tahap dia, tapi kali ini aku akan cuba! Cuba untuk berubah menjadi lebih baik dari sekarang. Dan bila masa itu tiba, kau tak akan menjadi pilihan aku dah. Tak guna dah! Sebab hati aku untuk orang lain. Kecuali dengan kata JODOH!

Sesungguhnya hati aku kali ini sakit, matlamat aku akan lakukan sesuatu yang terbaik! Sesuatu yang aku akan akan menjadi apa yang aku ingin. Ya selama ini aku lenggahkan! Dan bila tiba satu hari itu, aku akan berubah! Aku akan terus berubah. Berubah dari segi apa? Itu adalah rahsia.

Aku cuma berharap kau bahagia dengan sesiapa sahaja yang kau inginkan. Kenapa aku cakap macam ini walaupun kau cuba nak nafikan? Walaupun kau layan aku baik? Sebab perbuatan kau wahai hamba Allah.



Pergilah cinta yang menyakiti,

Sesungguh aku mengetahui perasaan itu,

Aku terikat dengan cinta monyet yang begitu menyakit,

Aku terikat dengan cinta monyet yang begitu  memeritkan,

Cukuplah wahai hati kau bersedih selama ini,

Cukuplah engkau menahan melihat semua ini,

Kerana saat ini kau lupakan cinta,

Lupakan seperti kau lupakan cinta pertama engkau,

Biarlah nama dia mengalir seperti air sungai yang deras,

Seperti dahulu.
 


Wahai hati, janjilah kau akan berubah,

Berubah untuk kebaikan,

Wahai hati percayalah ada seseorang menunggu,

Untuk kau sentiasa tersenyum,

Bawalah hatimu yang lara ke hulu dan alirkanlah ke hilir,

Kerana itu semua memeritkan hatimu sayang,

Tabahkan hatimu itu,

Tutuplah cerita lama dan coretkan sesuatu yang baru,

Sesuatu yang tak pernah kau bayangkan keindahan itu,

Kerana engkau adalah bidadari yang tercipta untuk menyinari dia.,

Seseorang lelaki yang sudah tertulis untukmu,