photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Friday 19 July 2013

Keliru dengan perasaan sendiri!

Keliru dengan perasaan sendiri!




Asalamualaikum wahai pembaca, dua hari saya tak menulis dekat blog,almaklumlah student.. hari nie nak cerita Pasal  Keliru, kalau ada ejaan tak faham atau tersilap saya minta maaf.. Kalau korong inginkan pertanyaan just comment or email okey XoXo :)

Adakah kita manusia yang Keliru dengan perasaan sendiri?
Manusia adalah insan yang lemah terutama melibatkan hati serta perasaan dirinya..
Wajalah manusia itu Keliru akan perasaan diri sendiri sebab dirinya manusia bukan 'benda'
Adakah kita mampu menghalang perasaan Keliru itu? Semesti boleh kalau kita bijak memikir...
Keliru boleh berlaku apabila dua insan ataupun lebih..

 Cinta akan seseorang? Tapi kawan-kawan mengatakan ada manusia lain menyukai kita? Mana satu ingin di pilih bukan? Cinta itu datang tanpa diduga dan manusia yang menyukai kita pun datang tanpa diduga. Dalam dunia ini bukan senang kita ingin membuatkan manusia lain menyukai kita. Memang patut kita syukuri akan nikmat yang diberi sebab diberi pilihan untuk disukai, bukan senang bukan...kalau dekat dunia nie musuh senang je nak dicari tapi teman baik susah sangat...

  Berbalik kepada tadi, mendengar cerita kawan-kawan dan kawan-kawan mencadangkan agar menerima dirinya tapi diri kita tidak menyukai(Cinta) akan si dia? Kalau kita sayang orang yang kita cintai itu tapi terpaksa berbaik dengan orang yang kita sukai tu pun SALAH! Pernah kita tanya akan diri kita sakitnya hati seseorang apabila kita menipu perasaan diri kita dekat dengan dia. Dah dia menaruh harapan tinggi dekat kita, kita pulak buat macam itu. Tak ke sakit hati dia. Bayangkanlah adik,akak,abang korang kena. Mesti sakitkan. Orang tua-tua cakap tak semestinya perbuatan kita akan diterima oleh kita sendiri malah boleh merebak.. sian orang tu!

  Jika kita mengalami perasaan Keliru akan seseorang, pilihlah seseorang yang mampu membuat diri anda begitu tertarik dengan dia seperti orang yang kita suka itu, manusia ini sering kali diberi pilihan terus terang mahupun menyimpan terus rahsia perasaan hati.. tapi kalau kita berminat dengan orang yang menyukai diri kita just teruskan perasaan itu, kalau tak suka tapi dipaksa juga memang sakitlah hati ini. Kalah susah sangat slow talk just cakap 'Maaf aku tak dapat terima kau, aku ada orang lain yang mengisi hati aku' itu kalau berani :) kalau tak kau janganlah layan buat tak tahu sudah lah oiii!! Jangan pulak nak melayan...sian orang tu, menangis tak berlagu nanti

   Memang susah untuk menolak, tapi apakan daya kalau kita terpaksa dari terus menyakitkan hati orang lain, aku pun sedar aku banyak melukakan hati orang :( yewlah first aku kenal apa erti cinta start darjah empat..muda kot, sejak orang mula kata suka/cinta sejak darjah lima, seriusly aku pun takut nanti aku pulak dikecewakan, paling aku tak lupa aku tolak cinta someone bila orang tu propose aku depan-depan dekat sekolah time form1.. seram sejuk aku, sekarang nie pun kita orang jarang tegur, kalau nampak buat tak perasan tapi dalam hati ALLAH je tau..tapi jangan menyesal jika orang yang kita sayang dan cinta pergi tanpa diri Si Pencinta tahui rahsia hati kita... aku pernah menyesal so aku tak nak korang kena sebab kehilangannya selama-lamannya :'( Nasib baik perasaan aku dah hilang kalau tak meranalah hidup aku nie :) Sekarang aku happy dengan hidup aku sekarang dan menanti someone maybe ;)

    Last apa aku nak cakapkan, berfikirlah sebelum menerima seseorang dalam hati kita kerana bila kita membawa seseorang dalam hati kita dan kita mula keliru antara si dia ataupun si pencinta itu, hati mula akan keliru. Jangan sakiti hati orang kerana perit yang dirasa itu amat menyakitkan. Jadilah manusia yang selalu gembira dan tersenyum walaupun melihat si pencinta menjadi hak orang lain, mungkin jodoh dia dengan orang lain. Tapi kalau Si Pencinta itu juga suka Si Hati... memang shukbidubidulah ...Yahoooooo!!!!

Terimalah...
Terimalah keliru jika itu kebaikan
Terimalah keliru untuk diri
Terimalah keliru yang ada
Terimalah dengan hati terbuka

Keliru....
Keliru membawa bencana
Keliru juga membawa kebahagian
Keliru mengajakan kita erti memilih
Keliru akan sentiasa di samping manusia

Sayang....
Sayang tak semestinya orang yang kita suka
Sayang tak semestinya orang yang kita mencintai
Sayang mesti lahir dari jiwa seorang insan
Sayang perasaan yang susah di lenyapkan

Cinta...
Cinta ada yang mudah ada juga yang susah
Cinta memerlukan pergorbanan untuk diluahkan
Cinta waja di wujudkan dalam jiwa
Cinta adalah perkara yang indah

Terimalah Keliru Sayang dan Cinta pada diri kita :)


<------I Love You adalah perkataan untuk seseorang yang betul-betul sayang bukan untuk dipermainkan

<-----Terus terang pada di Si pencinta,mana tahu dirinya membalas


<-----Kita terimalah jawapannya sahaja dan redha, lepaskan dirinya kalau kita merasakan dirinya bukan untuk kita, mana tahu dirinya akan gembira dengan orang lain yang akan lebih menghargainya?

<-----AKu keliru menjadi buntu,arah yang ingin ku tuju,rasa resahku kian celaru, dengan aku ilhamku tempuh... cuma mahukan,bayangan resahku makan hilang,tapi keadaan memaksa menghadapi semua..oh..oh!!!





Monday 15 July 2013

Makna Puasa dan kelakuan ketika berpuasa

Makna Puasa dan kelakuan ketika berpuasa

Asalamualaikum semua pembaca ku tersayang, sihat tak hari nie? Ada rasa lapar tak korang? 15/7/2013 genap enam hari kita berpuasa. Alhamdulilah kerana di beri panjang umur sehingga dapat berpuasa pada tahun ini lagi. Syukur nikmat.

  Puasa? Puasa bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga. Puasa merupakan perkara yang wajid di lakukan oleh setiap umat Islam di serata dunia. Semua menyambutnya dengan meriah sekali. Indahnya bulan ini. Pulan puasa juga dijanjikan oleh ALLAH iaitu hari lailatul qadar, kelebihan lebih 1000 bulan bersamaan 83 tahun umur kita. Sungguh amat bermakna kalau kita dapat malam seperti itu...

  Sebab apa ALLAH menjadikan malam lailatul qadar?
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Tanda-tanda malam lailatul qadar?Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair. Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak. Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita. Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat. Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud. Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

  Bulan puasa juga tak lepas dari Juadah Puasa bukan? Makan,makan,makan..benda wajib lah katakan. Dari dulu umat islam telah mengamalkan juadah berbuka dengan dua biji kurma dan segelas air kosong untuk mengalas perut untuk melakukan ibadat magrib, lepas tu mulalah sesi makan dengan meriah bukan? Kalau dekat Malaysia, Bazar Ramadhan akan dibuka untuk mejual juadah makanan untuk berbukan.... sehingga meleleh air liur melihatnya, tapi kalau orang UP sikit makan dekat hotel lah, terima buffet lagi dengan harga bermula Rm60 hingga RM120 seorang..memang sesak lah hotel jawabnya dengan orang nak berbuka

 Hah lupa pulak, tahu tak korang niat berpuasa dengan berbuka nie? Sini aku tunjukkan untuk jadikan panduan tapi nie pun search google je :)

                  Antara kemeriahan juadan makanan berbuka di Malaysia yang kaya dengan makanan











                         UTAMAKAN IBADAT DAHULU DARI MAKAN YE :)




 

       Sekian terima kasih kepada pembaca, jangan lupa follow okey..  Hope dapat memberi manfaat,, 




Sunday 14 July 2013

Apa itu Cinta? Atau Suka?

Apa itu Cinta? Atau Suka?



Asalamualaikum kepada semua pembaca, hari ini syukur kepada ALLAH, kerana memberi peluang untuk saya berkarya lagi. Dua hari lepas sibuk saya menulis mengenai Novel Kampung Girl yang ditayangkan di TV3 sekarang. Dan pada hari ini saya nak menulis karya bertajuk "APA ITU CINTA?"

APA ITU CINTA??

  Cinta, cinta merupakan satu perasaan yang ada pada setiap manusia tidak kira lelaki, perempuan ataupun yang sudah bercampur setiap nyah ataupun lesbian. Opss, sorry... Pernahkah korang percaya bahawa Nyah ataupun Lesbian akan menjadi sejati apabila menemui Cinta Sejati! Dah berlaku pun.

   Okey berbalik kepada topik asal, cinta merupakan satu naluri ataupun perasaan seseorang yang diberikan untuk seseorang yang disukai. Cinta juga merupakan perasaan yang dijadikan oleh Allah untuk setiap umat/hambaNya. Cinta terbahagi kepada banyak benda terutama sebagai umatNya. Sebagai umatnya, utamakanlah Cinta akanNya, Cinta akan Rasulullah, Cinta akan Malaikat, Cinta akan Al-Quran dan Cinta akan Ibu Bapa haruslah diutamakan daripada mencintai seorang manusia yang langsung tidak kita kenali malahan yang baru kita kenali.

   Tahukah kita Cinta kepada seseorang yang langsung tidak kita sayangi amat menyakitkan hati kita, sehingga mampu membuatkan kita menangis dan meraung. Memang manusia ini hatinya keras dan susah difahami dan boleh diibaratkan manusia mempunyai satu taksub yang ingin memiliki sesuatu benda, tapi siapa kita untuk menghalang hati kita untuk jatuh cinta. Tak salah jatuh cinta tapi berpada-pada dan pilihlah manusia yang mampu menghargai.

   Zaman globalninasasi, zaman remaja bercouple-couplelan.. Dalam isu masa kini, boleh ke couple. Couple melibatkan kita jatuh cinta bukan?


1. Apa maksud couple? Jika maksudnya seorang lelaki mempunyai seorang kawan perempuan, atau mengenalinya sebagai rakan sekerja, maka hukumnya harus. Selagi mana tidak melibatkan unsur-unsur yang membawa kepada haram. Tetapi jika perkenalan, persahabatan dan berpasangan tersebut membawa kepada perkara haram, hukumnya adalah haram ber’couple’! Orang yang bijak tidak melihat sesuatu pada zahirnya sahaja, tetapi akan meneliti kesan jangka panjangnya.


2. Antara keistimewaan Islam; mencegah dan mengharam semua perkara yang membawa kepada kemudharatan. Sebab itu Allah sebut; Janganlah kamu mengHAMPIRI zina. Maksudnya, semua perkara yang menJURUS ke arah zina adalah haram, termasuklah coupling tadi. Kaedah syarak menyebut; Setiap perkara yang membawa kepada haram adalah haram. Sebagaimana ada juga kaedah syarak; Mukaddimah kepada wajib adalah wajib.


3. Apa perlunya berpasangan dalam SUASANA SEKARANG? Pada saya, tidak lain daripada menurut runtunan nafsu dan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Adakah layak seorang perlajar muslim berpasangan? Sedangkan masa lapangnya diamanahkan Allah untuk menuntut ilmu, dan kelak akan dipersoalkan di akhirat. Adakah terdapat dalam sirah nabi dan sejarah para sahabat mahupun para tabien bahawa mereka berpasangan? Adakah keadaan umat Islam kini yang dihimpit oleh musuh-musuhnya mengizinkan kita untuk membuang masa dan melayani perasaan. Amat tidak wajar sekali…


4. Dengan jujur, jawablah soalan saya; Apakah perlunya berpasangan? Jika boleh meningkatkan iman kepada Allah, silakan. Jika boleh memaju dan menguatkan umat Islam menentang musuh, silakan. Jika boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, silakan…
Wallahu a’lam. Itu pendapat sayalah...Nikah jew terus tak perlu couple :)

   Tapi nak buat macam mana, zaman sekarang nak bendung pun susah nak halang zaman remaja sekarang. Lagi di halang lagi cuba remaja nak dekati. Aku sendiri pun kadang-kadang risau akan perkara ini. Bukan saya tak pernah jatuh cinta,pernah tapi Cinta Monyet. Buat apa saya jatuh cinta akan sesuatu yang tak pasti bukan? Meyeksakan sahaja sebenarnya..


  Suka? Suka ini pulak senang untuk ditaksirkan. Suka merupakan perasaan yang mampu menarik perasaan dan hatinya. Contohnya melihat sesautu keindahan Allah, seperti lelaki suka melihat perempuan yang cantik dan manakala perempuan suka melihat lelaki yang kacak. Aku pun tak terlepas suka melihat lelaki yang handsome + cute ... Setiap minggu jew aku suka keluar dengan kawan-kawan aku tengok wayang,main boiling,shopping dan macam-macamlah sambil tu lah cuci mata nie tengok keindahan Allah.

    Tapi kalau part mengorat ke, nak tackle ataupun seangkatan dengannyalah memang aku orang pertama akan tarik diri part tu, dah lah tak reti bagaikan kayu pokok je terkaku, tapi kalau part follow ikut tu lagi aku tak suka... itu bukan suka itu menggatal..geli betul!

 
   Okey Girl mana tak suka Lee Min Ho lelaki paling comel lah dekat Korea kan... Tapi buat plastik surgery



Okey yang nie mesti perempuan Malaysia suka nie, bak kata perpatah, jejaka idaman melaya

<--Dazrin kamarudin



<---Zizan Razak



<--Nazim Othman



 Antara wanita tercantik dan tercomel di Malaysia

<--Wawa Zainal



<--Emma Maembong



<--Nora Danish



<-- Heliza Helmi
Sekian dari saya..semoga berjumpa lagi wahai umat Allah :) Sekian......




Friday 12 July 2013

Kampung Girl

Kampung Girl

Asalamualaikum kepada semua pembaca, sudah hampir tiga bulan jari-jemari ini tidak menaip untuk online diariku ini... bukan apa sibuk dengan peperiksaan untuk Form4, mana nak study lagi, mana nak menulis lagi. Harap maaf sangat :)

 Okey, hari nie dengan senang hatinya aku nak menulis about Kampung Girl? Siapa pernah baca novel Kampung Girl nie? Ingat tak tiga bulan lepas aku ada tulis salah satu novel terawal pernah aku baca. Sebenarnya novel Kampung Girl nie aku dah baca hampir setahun yang lepas, dan kali ini novel ini telah mendapat tarik satu penerbit untuk menerbitkan cerita nie. Yeahhh!! Jangkaan tayangan cerita ini adalah 9:00 malam di Slot Zehra pada tarikh 12/7/2013. Tak sabar nak tunggu nie..








   Mesti korang tertanya-tanya siapa pelakon cerita tu. Untuk Heroin ada Nad Zainal seorang yang comel dan Hero pula Akim yang handsome tu. Sweet sangat, pandanlah dua orang tu dengan dalam watak tu, kalau dekat luar pun tak apa.

 Meh sini aku bagi sinopsi sikit cerita Kampung Girl nie.. baca betul-betul tau :)
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
Hero Ashraf Khairi-Akim Ahmad
Heroin-Nad Zainal



                                     




                                  





                                            





Selamat menonton Kampung Girl di Tv3 setiap Jumaat di Slot Zehra di Tv3 :) Ejoy my sweet blogger. From Shikin Ismail