photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Sunday 14 July 2013

Apa itu Cinta? Atau Suka?

Apa itu Cinta? Atau Suka?



Asalamualaikum kepada semua pembaca, hari ini syukur kepada ALLAH, kerana memberi peluang untuk saya berkarya lagi. Dua hari lepas sibuk saya menulis mengenai Novel Kampung Girl yang ditayangkan di TV3 sekarang. Dan pada hari ini saya nak menulis karya bertajuk "APA ITU CINTA?"

APA ITU CINTA??

  Cinta, cinta merupakan satu perasaan yang ada pada setiap manusia tidak kira lelaki, perempuan ataupun yang sudah bercampur setiap nyah ataupun lesbian. Opss, sorry... Pernahkah korang percaya bahawa Nyah ataupun Lesbian akan menjadi sejati apabila menemui Cinta Sejati! Dah berlaku pun.

   Okey berbalik kepada topik asal, cinta merupakan satu naluri ataupun perasaan seseorang yang diberikan untuk seseorang yang disukai. Cinta juga merupakan perasaan yang dijadikan oleh Allah untuk setiap umat/hambaNya. Cinta terbahagi kepada banyak benda terutama sebagai umatNya. Sebagai umatnya, utamakanlah Cinta akanNya, Cinta akan Rasulullah, Cinta akan Malaikat, Cinta akan Al-Quran dan Cinta akan Ibu Bapa haruslah diutamakan daripada mencintai seorang manusia yang langsung tidak kita kenali malahan yang baru kita kenali.

   Tahukah kita Cinta kepada seseorang yang langsung tidak kita sayangi amat menyakitkan hati kita, sehingga mampu membuatkan kita menangis dan meraung. Memang manusia ini hatinya keras dan susah difahami dan boleh diibaratkan manusia mempunyai satu taksub yang ingin memiliki sesuatu benda, tapi siapa kita untuk menghalang hati kita untuk jatuh cinta. Tak salah jatuh cinta tapi berpada-pada dan pilihlah manusia yang mampu menghargai.

   Zaman globalninasasi, zaman remaja bercouple-couplelan.. Dalam isu masa kini, boleh ke couple. Couple melibatkan kita jatuh cinta bukan?


1. Apa maksud couple? Jika maksudnya seorang lelaki mempunyai seorang kawan perempuan, atau mengenalinya sebagai rakan sekerja, maka hukumnya harus. Selagi mana tidak melibatkan unsur-unsur yang membawa kepada haram. Tetapi jika perkenalan, persahabatan dan berpasangan tersebut membawa kepada perkara haram, hukumnya adalah haram ber’couple’! Orang yang bijak tidak melihat sesuatu pada zahirnya sahaja, tetapi akan meneliti kesan jangka panjangnya.


2. Antara keistimewaan Islam; mencegah dan mengharam semua perkara yang membawa kepada kemudharatan. Sebab itu Allah sebut; Janganlah kamu mengHAMPIRI zina. Maksudnya, semua perkara yang menJURUS ke arah zina adalah haram, termasuklah coupling tadi. Kaedah syarak menyebut; Setiap perkara yang membawa kepada haram adalah haram. Sebagaimana ada juga kaedah syarak; Mukaddimah kepada wajib adalah wajib.


3. Apa perlunya berpasangan dalam SUASANA SEKARANG? Pada saya, tidak lain daripada menurut runtunan nafsu dan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Adakah layak seorang perlajar muslim berpasangan? Sedangkan masa lapangnya diamanahkan Allah untuk menuntut ilmu, dan kelak akan dipersoalkan di akhirat. Adakah terdapat dalam sirah nabi dan sejarah para sahabat mahupun para tabien bahawa mereka berpasangan? Adakah keadaan umat Islam kini yang dihimpit oleh musuh-musuhnya mengizinkan kita untuk membuang masa dan melayani perasaan. Amat tidak wajar sekali…


4. Dengan jujur, jawablah soalan saya; Apakah perlunya berpasangan? Jika boleh meningkatkan iman kepada Allah, silakan. Jika boleh memaju dan menguatkan umat Islam menentang musuh, silakan. Jika boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, silakan…
Wallahu a’lam. Itu pendapat sayalah...Nikah jew terus tak perlu couple :)

   Tapi nak buat macam mana, zaman sekarang nak bendung pun susah nak halang zaman remaja sekarang. Lagi di halang lagi cuba remaja nak dekati. Aku sendiri pun kadang-kadang risau akan perkara ini. Bukan saya tak pernah jatuh cinta,pernah tapi Cinta Monyet. Buat apa saya jatuh cinta akan sesuatu yang tak pasti bukan? Meyeksakan sahaja sebenarnya..


  Suka? Suka ini pulak senang untuk ditaksirkan. Suka merupakan perasaan yang mampu menarik perasaan dan hatinya. Contohnya melihat sesautu keindahan Allah, seperti lelaki suka melihat perempuan yang cantik dan manakala perempuan suka melihat lelaki yang kacak. Aku pun tak terlepas suka melihat lelaki yang handsome + cute ... Setiap minggu jew aku suka keluar dengan kawan-kawan aku tengok wayang,main boiling,shopping dan macam-macamlah sambil tu lah cuci mata nie tengok keindahan Allah.

    Tapi kalau part mengorat ke, nak tackle ataupun seangkatan dengannyalah memang aku orang pertama akan tarik diri part tu, dah lah tak reti bagaikan kayu pokok je terkaku, tapi kalau part follow ikut tu lagi aku tak suka... itu bukan suka itu menggatal..geli betul!

 
   Okey Girl mana tak suka Lee Min Ho lelaki paling comel lah dekat Korea kan... Tapi buat plastik surgery



Okey yang nie mesti perempuan Malaysia suka nie, bak kata perpatah, jejaka idaman melaya

<--Dazrin kamarudin



<---Zizan Razak



<--Nazim Othman



 Antara wanita tercantik dan tercomel di Malaysia

<--Wawa Zainal



<--Emma Maembong



<--Nora Danish



<-- Heliza Helmi
Sekian dari saya..semoga berjumpa lagi wahai umat Allah :) Sekian......