photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Thursday 17 April 2014

Tanggisan Air Mata

Tanggisan Air Mata




Hai, Assalamualaikum pengguna blog, di malam yang kedengaran bunyi guruh ini tiba-tiba nak tulis tajuk pasal "Tanggisan Air Mata" Yewlah Hujankan diibarat air mata yang jatuh. Hari itu dalam entry yang lepas aku tulis pasal Secret Admirer, mesti ada perasaan sedih kalau orang yang kita minat tak dapat balas perasaan kitakan?




Errmmm... Nak kata aku pernah nangis sebab kena tolak, buat masa sekarang aku masih bujang trang ta tang lagi lah, dalam erti kata lain SOLO. Hahahahahaha.... Menangis? Menangis adalah satu emosi yang kadangkala tak mampu ditahani atau dihalang, dia datang tanpa diduga. Kalau menangis, mesti orang ingat orang perempuan sahaja yang banyak menangis bukan? Ohh, tidak sama sekali, lelaki pun kadang kala menangis tau... Cuma lelaki ini kita boleh katakan dia suka menangis bersendirian, tidak macam perempuan menangis sahaja, tapi hati wanita ini lembut dan dia perlukan nasihat untuk kebaikan dirinya.




Dia orang ni, suka masa dia menangis tu ada orang tersayang bersama dengan dirinya. Menangis ni, kita boleh katakan sebagai emosi yang mudah datang dan pergi, nak tahu kenapa? Sebabnya dia datang apabila kita terbayangkan sesuatu yang sedih dan pergi bila kita menangis bila kita mendapat kekuatan kita kembali.




Ermm, aku bukan apa kadang-kadang aku lihat kita manusia menangis dengan penuh sia-sia. Bukan tak boleh nangis cuma adalah perkara-perkara yang membolehkan menangis. Betul dalam percintaan ada suka dan duka tapi perjalanan kita makin jauh tak semestinya orang yang bersama kita akan menjadi jodoh kita sampai ke akhiratkan?????
Takkan???






Ada masanya dengan memanis membuatkan kita menghilangkan segala yang terbuku di hati. Jeritlah, Raunglah sekuat hatimu wahai manusia kerana segala berlakukan ada perkara lain yang akan berlaku. Kalau diikutkan hati ini ingin sahaja aku mengeluarkan segala kuasa jeritan aku ini kepada dunia ini! Tapi siapalah aku bukan? Tiada hak untuk melakukan segalanya.








Tips pula:


Kalau hati tak mampu ditahani lagi luahkan segalanya dan tunjukkannya.

Coretkan kandungan hatimu lalu bakarlah ia, ibaratkan seperti memberi semangat 

Tak salah menangis, menangislah. Peduli kata orang janji kita tahu diri kita, itu sudah cukup




Menangislah jika itu untuk kebaikan

Sinarilah cahayamu dengan senyumanmu 

Selamilah jiwamu yang berselarut itu

Balutlah lukamu dengan penuh kecerian dihatimu

Tanggisan dan Tawamu begitu bermakna

Hati yang sakit tak mampu disembuhi

Balutlah segalanya jika itu tidak memadai

Biarkan semua mengetahui yang kita ada perasaan

Biarlah Tanggisan menjawab segalanya.