photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Thursday 17 April 2014

Tanggisan Air Mata

Tanggisan Air Mata




Hai, Assalamualaikum pengguna blog, di malam yang kedengaran bunyi guruh ini tiba-tiba nak tulis tajuk pasal "Tanggisan Air Mata" Yewlah Hujankan diibarat air mata yang jatuh. Hari itu dalam entry yang lepas aku tulis pasal Secret Admirer, mesti ada perasaan sedih kalau orang yang kita minat tak dapat balas perasaan kitakan?




Errmmm... Nak kata aku pernah nangis sebab kena tolak, buat masa sekarang aku masih bujang trang ta tang lagi lah, dalam erti kata lain SOLO. Hahahahahaha.... Menangis? Menangis adalah satu emosi yang kadangkala tak mampu ditahani atau dihalang, dia datang tanpa diduga. Kalau menangis, mesti orang ingat orang perempuan sahaja yang banyak menangis bukan? Ohh, tidak sama sekali, lelaki pun kadang kala menangis tau... Cuma lelaki ini kita boleh katakan dia suka menangis bersendirian, tidak macam perempuan menangis sahaja, tapi hati wanita ini lembut dan dia perlukan nasihat untuk kebaikan dirinya.




Dia orang ni, suka masa dia menangis tu ada orang tersayang bersama dengan dirinya. Menangis ni, kita boleh katakan sebagai emosi yang mudah datang dan pergi, nak tahu kenapa? Sebabnya dia datang apabila kita terbayangkan sesuatu yang sedih dan pergi bila kita menangis bila kita mendapat kekuatan kita kembali.




Ermm, aku bukan apa kadang-kadang aku lihat kita manusia menangis dengan penuh sia-sia. Bukan tak boleh nangis cuma adalah perkara-perkara yang membolehkan menangis. Betul dalam percintaan ada suka dan duka tapi perjalanan kita makin jauh tak semestinya orang yang bersama kita akan menjadi jodoh kita sampai ke akhiratkan?????
Takkan???






Ada masanya dengan memanis membuatkan kita menghilangkan segala yang terbuku di hati. Jeritlah, Raunglah sekuat hatimu wahai manusia kerana segala berlakukan ada perkara lain yang akan berlaku. Kalau diikutkan hati ini ingin sahaja aku mengeluarkan segala kuasa jeritan aku ini kepada dunia ini! Tapi siapalah aku bukan? Tiada hak untuk melakukan segalanya.








Tips pula:


Kalau hati tak mampu ditahani lagi luahkan segalanya dan tunjukkannya.

Coretkan kandungan hatimu lalu bakarlah ia, ibaratkan seperti memberi semangat 

Tak salah menangis, menangislah. Peduli kata orang janji kita tahu diri kita, itu sudah cukup




Menangislah jika itu untuk kebaikan

Sinarilah cahayamu dengan senyumanmu 

Selamilah jiwamu yang berselarut itu

Balutlah lukamu dengan penuh kecerian dihatimu

Tanggisan dan Tawamu begitu bermakna

Hati yang sakit tak mampu disembuhi

Balutlah segalanya jika itu tidak memadai

Biarkan semua mengetahui yang kita ada perasaan

Biarlah Tanggisan menjawab segalanya.

Friday 11 April 2014

Secret Admirer

Secret Admirer


Alhamdullillah, kita berjumpa lagi ye wahai bloggerku! Okey apabila idea dan jari aku mula melakar sesuatu pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan ye.. Hihihihihihi~ hari ini aku nak story mory kery lah sikit, pasal..ermm pasal apa ye????? Bukan pasal 97rockss lagi, sebab dua entry lepas aku dah 2 kali berturut-turut, hari ini aku rasa nak tulis pasal SECRET ADMIRER dalam erti bahasa melayu PEMINAT RAHSIA.... Hah, kau ada? Hahahahahaha.. Ala semua adakan?Tak orang minat kita,kita minat orang tu kan?Kita tak akan lepas dari semua itu, jadi untuk maklumat aku, tak salah untuk mencari seseorang yang kita suka, sebab itu adalah hati kita. Tapi! Satu sahaja masalahnya, Kejujuran untuk memberi tahu orang yang kita suka.
      






Terus teranglah aku katakan, tak semua berani, kan? Ermm, korang tahu tak yang kadang-kadang kita bagaikan membina sebuah istana yang tiada penghuninya, bagaikan kita mencipta sesuatu yang tiada faedah dan bagaikan menyiram pokok yang sudahpun mati. Tak salah untuk menyayangi tapi tidaklah terlebih. Tapi ada masanya Secret Admirer ni membuatkan kita akan tersenyum sendiri, melihat dirinya tersenyum bagaikan kebahagian kepada kita terutama apabila dia memberikan sebuah senyuman yang begitu manis ke arah kita bukan? Betul tak Kaum Adam? Betul tak Kaum Hawa?







Kadang-kadang silap juga memilih pasangan, ia ibarat mimpi yang kita cipta sendiri. Mimpi yang kita lakarkan hanya yang ada kita dan si dia. Dalam mimpi hanya kita berdua melakarkan kebahagian, melayari bahtera, saling berpandangan dan macam-macamlah kita mimpikan. Tak salah bermimpi tapi kalau tak nak hati disakiti pilihlah yang setaraf, bukanlah nak menghalang orang cantik kena dengan orang handsome dan kalau orang kaya dengan orang kaya,ibarat nak setaraflah sangatkan, hah tungkik sangat, ingat semua itu kekal ye? Kalau Allah nak, Allah akan tarik sekelip mata sahaja sayang. Subanallah.....









Siapa tidak mengingankan kebahagian kan? Semua nak, aku pun nak, semua nak dengan orang sayang bukan? kalau boleh nak memilih jodoh yang kita suka yang boleh dianggap perfect di mata kita walalupun di mata orang lain serba kekurangan, lantak oranglah nak berkata janji hati kita sukakan.. Kebahagian adalah impian semua orang, kebahagian yang membuatkan kita bahagia bersama dengan dia. Sampaikan tak boleh nak berjauhanlah. Ibarat dengan makan tak kenyang, mandi tak basah kalau tak berjumpa...


Hati akan meloncat bila kita bersama si dia, walaupun seketika! Yang ada cuma bersama dengan dia, walaupun yang lain berada di sekeliling kita bukan? Hati adalah masalahnya, sungguh hati tak mampu menipu, bicaralah kamu tapi hati tak boleh menutup segalanya. Melihat wajahnya tersenyum adalah seribu nikmat untuk kita, melihat wajahnya marah adalah memberikan seribu kepahitan bagi kita.Kadang-kadang hati bertanya, mampukah aku menyorok semua ini? Mampukah? Jawapanya TIDAK!!!!!!!



Satu sahaja dan last aku nak cakapkan, jangan sebabkan Secret Admirer kita harus menagis bagai, sebab pasti ada jodoh, Dan Allah dah merancang untuk kita sebaik-baiknya. Berdoa agar kehidupan yang lebih baik akan datang kepada dirinya. Dan bersama seseorang until JANNAH

Soalan:Saya ada Secret Admirer tak????
Jawapan:Semestinya, semua orang ada perasaankan, ermm korang fikirkan siapa. Ok untuk maklumat kalau dia jadi hurmhurm aku, aku story mory kary dengan you all , ok.. Insyaallah


Ada masanya kaulah penghibur

Tawamu membawa kebahagian kepadaku

Tangisanmu membawa luka di hatiku

Ada masanya akulah pengubat di hatimu

Diriku tahani hati yang sakit melihat kebahagianmu

Melihat kebahagianmu adalah panahan petir ibaratku

Jiwa dan perasaan di tahani, kerana aku bukan siapa-siapa

Aku ibarat bayang, yang ada padamu tapi tak dapat disentuh

Biarlah cinta ini disimpan kemas di hatiku

Biarlah aku abadikan perasaan aku ini selama-lamanya

Kerana aku cuma Peminat Rahsiamu