photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

bab 1 janji cinta kita

bab 1 janji cinta kita






   “Im, tolong I, Im.” Jerit aku dengan tenaga yang masih bersisa lagi. Sungguh dikala itu, nyawa aku bagaikan melayang-layang di awangan. Sungguh aku tidak mampu lagi menatap wajah seekor ular yang ralit melihat aku dengan mata merahnyanya itu. Saat itu apa yang aku mampu lakukan adalah doa kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan. Mampukah aku merima kematian jika itu ditakdirkan oleh aku? Cukup ke amalan yang dilakukan oleh aku ini? Jika itu yang terbaik, apa yang mampu adalah meredhainya.

   Wajah yang dirindui dan disayangi mula dibayangi di dalam fikiran kotak otak aku ketika itu. Wajah daddy yang sedang sibuk melakukan kerja dan memberhentikan kerjannya seketika yang hanya untuk memberikan sebuah senyuman kepada diri aku. Wajah Abang Arif dan Kak Helina yang sedang ceria menyambut diri aku dan dua orang wajah wanita yang terlampau aku kagumi iaitu nenda dan mummy. Wajah nenda yang sedang melampai ke arah aku dan wajah mummy yang tersenyum sambil mendepakan tangannya ke arah aku.

   Sungguh kala itu aku terpegun melihat dua wajah yang putih berseri-seri itu. Wajah yang penuh dengan cahaya dan ditambahkan dengan sepersalinan berwarna putih yang begitu ‘gah’ sekali yang tidak pernah mampu aku ungkapkan. Seketika langkah aku mula diatur berlari ke arah mereka, tapi makin aku hampiri, makin jauh menghilang dua wajah itu dan akhirnya hilang, perasaan yang tidak mampuku bendung membuatkan aku mencari-cari dua wajah itu tapi tidak langsung aku temui, air mata kesedihan mula menghujani ketika itu.

   Sekembalinya aku kedunia realiti aku melihat wajah ular itu dan ular itu melihat diri aku sambil menjelirkan lidahnya yang menampakkan dua batang gigi yang tajam. Kala itu, wajah Imran yang menangis disebalik pokok membuatkan aku kaku ketika itu. Harapan aku hanya satu adalah melihat Imran datang dan cuba menyelamatkan diri aku, tapi apa yang aku dapat lihatkan adalah dirinya menangis teresak-esak. Harapan aku hanya satu sia-sia pada masa itu dan hampir membuatkan separuh diri aku entah pergi kemana.

   Kawasan lecak di permukaan tanah membuatkan penyukaran pada langkah kaki aku ini. Dengan keadaan hutan itu juga membuatkan aku lekar dengan kedatangan ular yang makin menghampiri diri aku dan menunggu masa sahaja. Langkah aku terhenti apabila merasakan kelainan pada langkah aku apabila langkah kaki kanan aku bagaikan terapung membuatkan tidak jadi melangkah. Satu tolehan membuatkan dada aku berdebar dengan begitu kencang sekali sepeti berlari marathon. Otak aku hanya mampu memikir dua cara sahaja, terjun ke gaung ataupun merelakan ular itu membunuh aku.

   Tapi kalau diberi pilihan dua-dua tidak mampu aku alami dan ingin aku rempuhi, dua-dua melibatkan kematian. Apa yang patut aku lakukan ketika ini dan doa yang berterusan yang diberi keampunan hanya yang berada di fikiran aku dan aku terima jika itu yang sudah tertulis lus mafus diri aku ini. Saat aku cuba merelakan tubuh aku dibawa ke awangan, aku begitu merasakan diri aku terbang dan jatuh. ‘Selamat tinggal dunia’! Untuk kali terakhir aku cuba membuka mata ku melihat dunia yang fana ini. Tempat tinggal dan penyingahan sementara aku ini dan masa untuk kembali.

   Saat aku membukakan mata aku, aku melihat seorang lelaki yang sedang mencempung diri aku sambil berlari dan yang pasti jauh dari tempat yang penuh keseksaan aku tadi. Wajah lelaki itu cukup memukau diri aku. Wajah yang berseri dan keputihan sungguh aku tidak dapat memberikan sebuah gambaran rupa lelaki itu. Jantungku mula berdebar mengikut lagu alunan romantik. Indahnya ciptaan Tuhan, adakah dia bidadara yang ditakdirkan untuk diri aku untuk menemani diri aku. Ahh!! Sungguh aku sudah jatuh cinta!

   Disebuah batang pokok yang rendang telah ditempatkan aku oleh lelaki itu. Dia mula menundukkan tubuhnya dan meletakkan aku diatas rumput-rumput segar itu. Dengan sebuah senyuman membuatkan diri aku terleka saat itu. Dengan lembutnya lelaki itu menyandarkan kepala aku pada patang pokok itu. Bagaikan aliran yang tidak pernah aku rasai iaitu sebuah ciuman yang hangat pada dahi aku aku membuatkan aku terleka menikmati kehangatan itu. Tapi sayang, usai sahaja itu aku hanya melihat lelaki itu pergi tanpa sebuah tolehan yang aku harapkan pada lelaki itu. Siapakah gerangan lelaki itu? Mana Imran menghilangkan diri? Hanya suara tangisan sahaja mampu aku dengar sambil menyebut-nyebut nama aku.

   “Ikin!” Suara memanggil-manggil diri aku membuatkan diri aku menoleh-noleh mencari suara itu. Apa yang dapat aku lihat hanya pandangan hijau di sekeliling dan biru di permukaan atas.

Debushhh!!!

   Turunan air membuatkan aku menggosok-gosokkan mata aku. Wajah dan sebahagian tubuhku yang basah membuatkan aku menengakkan diri aku ke 90 darjah badan aku serta merta. Kelihatan satu wajah yang hanya mengcekak pinggang dan sedang terkumat-kumat mulutnya dengan memberikan sebuah pandangan yang cukup dashat membuatkan diri aku gerun melihat wajah itu.

   “Kamu nie kenapa hah Ikin, dari tadi menjerit jew hah? Kamu tak ada kelas ke?” Suara itu mula masuk ke corong telinga aku. Nadanya seperti marah tapi kedengaran tidak begitu tinggi. Dengan membabi buta, aku menoleh ke arah tingkap yang menyalurkan sebuah cahaya yang begitu sinar, dengan pantasnya aku merampas jam tangan yang berada pada tanggan wanita itu.

   Apa yang mampu lakukan adalah mengangakan mulutku dengan seluas-luasnya. Dengan kelam kabutnya aku menyelak gebar dan ingin melangkah ke bilik mandi yang hanya  mengambil beberapa langkah sahaja. Nasib malang aku apabila kakiku sebelah kiri terlercut dan membuatkan tubuhku jatuh bagaikan nangka busuk yang jatuh. Punggung yang sakit, membuatkan aku menggosok-gosok punggungku yang sedang sengal itu.  Adoii, apalah nasib pagi nie, bila nak cepat je ada sahaja halangan.

   “Hah, apa lagi tunggu tu. Dah bangun jangan sambung tidur. Sekejap lagi sarapan dekat bawah.  Now!!” Suara arahan membuatkan aku membangunkan diri aku kembali. Tertonggek-tonggek aku membangunkan diri aku itu.

   Tangan aku mencapai sebatang berus gigi berserta ubat gigi untuk memberuskan gigi dan selepas itu aku hanya mencuci mata. Mandian ini dinamakan mandian P.Ramlee. Mandia ini hanya boleh ditiru jika darurat sahaja! Jika tidak, dilarang sama sekali nanti menatang padah, iaitu padah bau busuk. Sehelai bathrobe lalu aku sarungkan dan menuju keluar seraya melangkah ke arah almari. Seperti rutin setiap hari aku yang hanya menyarungkan sehelai t-shirt bersama-sama seluar jeans berwarna biru.

    Kini punggungku sudah dilabuhkan pada kerusi yang berada pada meja solek. Meja solek yang hanya mengandungi satu set peralatan make-up, bedak gohnson’s baby serta satu batang sikat sahaja. Muka aku hanya diletakkan sedikit bedak yang menjadi kegemaran aku. Sebuah senyuman telah ku berikan pada cermin tanda terima kasih kerana menunjukkan rupaku dipagi ini. Beg sandang berwarna coklat berkulit sudah kusarungkan silang. Langkahku dengan penuh berhati-hati melangkah turun ke arah dapur.

   Sibuk ingin melarikan diri daripada mengambil sarapan pagi akibat kelambatan diri sendiri. Dengan satu derhaman aku tertewas dan menuju ke arah meja makan dan muka cemerut. Sekeping roti yang sudah disapu dengan mentega dan segelas susu telah aku nikmati dengan sepuas-puasnya. Usai sahaja mengahabiskannya laju sahaja langkah aku berlari meninggalkan wanita itu, tapi kali ini aku juga tertewas dengan pandangan tajamnya pula apabila aku terlupa satu perkara yang menjadi rutin yang dilakukan. Tangan wanita itu disambut dengan penuh kasih.

    “Jaga diri tu, elok-elok. Ingat jangan bawa laju motor. Be carefully, okey.” Aku hanya mengangguk kepala aku sebelum membuat pecutan yang laju menuju ke arah motorbike yang berwarna merah dan campuran sedikit hitam yang diberikan lama Limi. Tahun ini genap 2 tahun aku menggunakanya. Helmet berjenama Arai yang sama warna merah dan camburan hitam tapi mempunyai corak seperti api ku sarungkan dikepala dan yang terakhir adalah menyarungkan sarung tangan berwarna merah. Gear yang ditekan membuatkan motorbike itu mula bergerak.


   Sekejap sahaja masa berlalu, hampir tujuh tahun aku menetap di Singapura bersama Aunty Zuhairah Lee a.k.a Aunty Zu wanita yang telah menyimbah air kepada aku pada pagi ini, iaitu adik kepada mummy aku, Ros Zel Lee. Aunty aku nie, seorang pereka fesyen di Singapore. Dan nama aku adalah Nurul Ashrin Riskinrina Binti Ismadi Arsyad.Oppss,  Dato Ismadi Arsyad. Aku bukan nak gila gelaran okey! Aku adalah anak bongsu hasil perkongsian hidup Dato Ismail Arsyad dan Datin Ros Zel .

   Tapi aku tak sempat melihat mummy lebih lama, mummy meninggal masa umur aku sepuluh tahun lagi akibat kanser. Memanglah sedih mummy pergi buat selama-lamanye dan tak akan pulang ke dunia lagi. Sedih bila teringat kali terakhir wajah mummy yang menahan kesakitan sakaratul maut, bagaikan nyawa-nyawa ikan tapi aku rela, daripada melihat mummy menahan kesakitan itu lagi. Sungguh menyeksakan kematian itu!

   Kini aku belajar di salah satu insitusi di Singapura iaitu National University Singapore dan mengambil jurusan perniagaan hasil paksaan daddyku yang  menginginkan aku menjadi sepertinya, seorang ahli perniagaan. Tahun ini adalah tahun terakhir aku dan dalam masa beberapa bulan aku akan menamatkan semesta aku ini sebelum aku mengikut jejak Abang Arif untuk menjadi usahawan muda.Dalam pada itu, sempat jugalah aku mencari kerja sampingan untuk mencari duit poket sendiri dengan menjadi model di tempat Aunty Zu.


    Dalam pada tujuh tahun aku berada di Kota Singa ini, aku telah menjadi seorang yang lebih didikasi dan paling penting,  aku dapat mengubahkan bentuk badan aku yang pada mulannya lapan puluh kilogram dan sekarang empat puluh kilogram.Aku tak amik ubat kurus okey, tapi mengamalkan cara hidup yang sihat. Pada mulannya memanglah kekok bila kena berjalan depan orang, tapi lama-kelamaan tu bolehlah.


    Perjalanan dari National University Singapore mengambil masa lebih kurang dua puluh minit dari rumah Aunty Zu.Akhirnya aku telah sampai ke National University Singapore yang telah benyak mengajar aku dalam jurusan perniagaan.National University of Singapore (NUS).  Universitas tertua dan terbesar di Singapura ini berulangkali masuk ke jajaran 30 besar universitas terbaik dunia dan bahkan pada tahun 2011 masuk urutan ketiga universitas terbaik di Asia versi QS World University Ranking. Ini adalah tempat dimana aku belajar dan disini aku mengenali beberapa manusia . Dulu aku tinggal di asrama, tapi sekarang tinggal di rumah Aunty Zu, lagi senang. Leceh gila!

    Kaki ku mula mengatur langkah memasuki ruang cafe.Perutku dari tadi berbunyi-bunyi tidak habis-habis.Rasa macam boleh buat recording je pun boleh, mana taknya tadi sempat makan sekeping roti yang bersalutkan bersama mentega dan segelas susu oleh kerana kelambatan diri aku ini! Kelibat seorang lelaki membuat diriku melangkah lebih laju ke arahnya. Kerusi di hadapannya ku tarik lalu aku duduk sambil memandang suasana kantin yang masih riuh. "Sayang dah makan?" Aku hanya menggeleng. Lelaki ini tidak bosan memanggil dengan panggilan ‘sayang’. Naik bosan aku.

   “I belikan sandwish untuk you okey.” Aku hanya menangguk kepala ku. Lelaki tadi tu nama dia Imran Hakim. Jejaka berketurunan Singapura-Korea. Handsome pun handsome, mana taknya sampai junior-junior menggenali lelaki yang tercalon jejaka idamanlah katakan. Imran nie aku kenal masa mula-mula lagi aku daftarkan diri dekat sini. Kalau tak sebab kecuaiyan aku, aku tak akan kenallah lelaki nie dan lelaki inilah yang aku mimpikan hari ini! Masih aku ingat lelaki itu menangis.

    Sesampai lelaki itu dengan sandwish yang dibeli untuk diriku membuat diriku bangun dari tempat duduk dan meminta diri untuk masuk ke kelas yang akan bermula tidak lama lagi. Sepantas kilat aku cuba melangkah besar menuju ke arah dewan kuliah yang menempatkan tempat pembelajaran aku hari ini, naik penat pagi-pagi ini kena buat senaman tak diiktirafkan. Siapa-siapa dibenarkan meniru aksi ini untuk menurunkan berat badan iaitu arahan dari Nurul Ashrin Riskirina Dato Ismadi Arsyad.

   Sesampai sahaja aku di hadapan pintu gerbang dewan dengan pantasnya aku menyambar tombol pintu lalu menolak, terbit sebuah senyuman apabila aku berjaya dengan megahnya tidak terlewat daripada Lecture Maimon yang sepatut mengajar untuk kelas pagi ini. Dengan perlahannya aku mengambil sebuah tempat yang berada di barisan ke empat dan mengambil bahagian tepi dan motif aku adalah satu senang nak tidur kalau ngatuk! Seriusly seumur aku belajar di universiti ini, Lecture Maimon adalah tenaga pengajar yang paling mengantuk!

     Bukanlah mengantuk sebab apa, dia mengajar dengan kadar suara yang perlahan dan membuatkan pelajar mengambil kesempatan untuk bising dan dia juga seorang yang begitu lembut. Hanya satu keluhan mampu aku ungkapkan. Sebuah nota bersama sebatang pen sudah aku keluarkan untuk membuat beberapa nota untuk hari ini. Seketika selepas itu kelihatan Lecture Maimon mula datang membawa beberapa nota lalu melemparkan sebuah semyuman kepada semua.

      Mata yang masih segar-bugar ini dengan tekunnya mendengar apa yang diajar oleh Lecture Maimon itu, keterangan yang diberi oleh Lecture Maimon begitu pendek tapi padat sekali dengan info-info yang begitu menarik. Tersenyum seketika dengan kepuasan maklumat.

   Syukur kelas yang berlangsung sejam itu berakhir, hari ini kelas yang patut aku hadiri telah pun tamat dan masa untuk aku makan tengahari. Buku nota dan sebatang pen telah pun dimasukkan ke dalam beg sandang telah tersangkut bersilangan pada tubuhku ini. Perlahan-lahan aku menuruni tangga menuju ke pintu keluar dan melangkah ke kantin. Terbayang-bayang wajah makanan yang menyelarakan itu. Yummy!

   Sedang aku sibuk ingin membuka pintu, pintu itu terbuka sendiri oleh seorang lelaki yang mendahului langkahnya dariku. Dia mengalukan aku dahulu, aku hanya tersenyum dengan kepura-puraan untuk tanda terima kasih. Kenapalah aku harus menjumpai lelaki ini? Tak adakah wajah lain untuk aku lihat? Bukan aku nak sombong, tapi wajah lelaki ini cukup membosankan diri aku ini. Cukup bosan!

     Lelaki yang sedang tersenyum itu adalah tak lain dan tak juga bukan iaitu Zafril Halim atau nama orang selalu panggil Ril. Seorang lelaki berkulit putih dan memiliki mata sepek seperti aku. Lelaki itu merupakan seorang atlet universiti yang selalu banyak mengondol pingat dalam acara lari, tak kiralah lari apapun, asalkan melibatkan acara larian. Bila aku ingat balik, lelaki ini rupa ada, tapi kenapalah tak ganggu perempuan lain? Kenapa dia ganggu hidup aku ini? Nak kata tak glamour, populariti tinggi diminati ramai perempuan. Kenapalah kau Ril, kacau hidup aku?




   “Hai Ikin, jom lunch nak? I belanja you nak tak?” Itulah perkara yang seringkali aku dengari dari mulut lelaki itu. Berapa kali aku tolak tapi tetap juga berdegil. Bukan aku tak nak kawan dengan lelaki ini, tapi perasaan lelaki itu langsung tidak bolehkan kami berkawan, kalau bagi harapan karang perasan diri pulak!

    “I tak boleh. I dah janji dengan kawan ,I yang I nak lunch dengan diaorang. Nanti apa pulak diaorang kata” Balas aku yang sudah memandang kearah lain. Malas nak tengok anak mata lelaki itu yang begitu berharap.

     “Yew ke you nak lunch dengan kawan you tu? Bukan nak lunch dengan jantan tu ke? Pujaan hati you tu kan?” Suara lelaki itu yang sedikit tinggi membuatkan jiwa aku langsung tak gentar malahan suara itu acap kali aku dengari.
      “Kalau ye, kenapanya? Ada masalah ke? You langsung tak kena mengena dalam hidup I sekalipun. Apa hak you untuk kawan dengan lelaki lain? You daddy I? Abang I? Takkan? So jangan nak tentukan hidup I, siapa I nak kawan dan siapa I patut kenal!” Langkah yang ingin diatur tapi dihalang dengan cengakamna tangan lelaki itu.

     “You hak I! Sampai bila-bila pun akan jadi hak I! Kalau I tak boleh dapat you, jangan mimpi lelaki lain boleh dapatkan you. Ingat!” Hanya keluhan dan gelengan sahaja aku berikan. Kata-kata amaran yang entah kemana untuk dalam hidup aku. Siapa dia untuk menentukan. Seketika lelaki itu melepaskan tangan aku dan menarik nafas.

    “Okeylah I malas nak kacau sayang I nie, see you!” Lelaki itu meninggalkan aku. Siapalah sayang kau? Kau nak pergipun aku tak kisah dan lagi aku suka!          
  



“Tekunnya, business women kita nie ulangkaji. Tadi kata lapar, Cik Abang dah belikan makanan pun tak nak makan ke?” Suara sindirian seorang perempuan yang mengikat rambut satu dengan memakai cermin mata. Eh, kalau tak kacau aku memanglah budak nie! Ada sahaja nak kenakan aku nie, aku cili mulut baru tahulah engkau macam mana.Buku nota dan sebatang pen dimasukkan kedalam beg sandang. Buku nota untuk sepanjang minggu ini telahpun aku siapkan dengan rapinya agar aku tidak membazirkan masa aku dengan perkara yang tidak berfaedah.

   Lincah tangan aku aku mengemaskan peralatan tadi yang aku gunakan. Telefon bimbit jenama Iphone telahpun aku letak di dalam poket seluar jeans. Kedua-dua tapak tangan aku sudah menampung muka aku agar memandang ke arah dua wajah berhadapan dengan aku merupakan bakal doktor iaitu Nabiela dan Halyza yang kedua-duannya memakai cermin mata! Aku kenal mereka sebab kami satu doom bilik masa mula-mula masuk lagi. Dua orang kawan terbaik aku sepanjang berada di Kota Singa ini.

    “Okey, apa yang kau nak sekarang Cik Doktor!” Soal aku dan membuat mimik muka monyok. Mana taknya, bila selalu lepak ke, banyak cakap dikatakan buang masa dengan perkara tak menentu, bila sibuk nak buat kerja dikutuk pula. Adoii!!
     “Tu.” Nabiela menunjukkan ke arah pinggan yang mengandungi nasi dan beberapa jenis lauk dan segelas sebotol air mineral. “Penat Cik Abang belikan untuk kau, kau tak makan pun. Sedih dia, buat penat je beli untuk kau, tadi kata lapar sangat. Bila dapat handphone dengan buku tu tak boleh nak berhenti dah! Kalau tak nak bagi aku makan. Aku lapar lagi nie!” Nabiela cuba menarik pinggan manakala Halyza cuba mengambil air mineral milik aku yang dibelikan oleh Imran.
  
  Pandangan aku beralih pada Imran pula, wajah Imran yang hanya tersenyum membuatkan tenang je hati aku ini. Kacaknyalah lelaki sebelah aku ini, memiliki hidung yang mangcung, mata sepek, rambut perang tanpa perlu diwarna, bulu mata lentik. Ahh.. moh aku ajak dia kahwin dekat Siam. Ha..ha..ha, apalah aku nie, ada nak ajak orang kahwin pulak tu. Tapi bersedia ke engkau?

  Imran, Imran, Imran kenapalah engkau baik sangat dengan aku hah? Untuk hari ini sahaja entah berapa kalilah aku mengeluh. “Thanks, Im” Ucap aku kenapa Imran yang masih memandang ke arah aku.

    “Most welcome, baby”  Balas Imran. Adoii, Imran nie kenapalah engkau suka sangat panggil manja-manja macam tu! Bersalahlah pulak. Pinggan serta sebotol air mineral diambil lalu memulakan dengan Bismillah atas kesyukuran nikmat yang diberikan kepada diberikan oleh Allah. Dengan perlahan-lahan aku menjamah makan itu dengan penuh kenikmatan.

   “Makan pun, ingat tak nak makan. Baru nak ambik! Ah, Imran kau bila start berlatih acara lari tu? Kata nak berlatih, tapi aku tengok kau tak berlatih pun! Ke nak mengaku kalah nie?” Suapan terakhir telah aku sudahi. Ucapan dari Halyza membuatkan terhenti niat aku untuk minuman air. Apa yang dimaksudkan oleh Halyza nie? Imran tak bagi tahu pun dia masuk acara dalam larian.

   “Yewlah Imran, bila kau nak berlatih. Biar Ikin jadi penyokong kuat kau, okey!” Ah aku jadi penyokong kuat Imran? Apa nie makin kelirulah! Ada sesiapa nak explain dekat aku tak?

   “Yup! Biar Zafril tu sedar sikit! Ingat nak beli hati orang nie senang ke? Kau jangan ngaku kalah Imran. Don’t give up okey!” Okey aku tak boleh dah nak sabar dengan persoalan di fikiran aku ini. Apa kena mengena Zafil dengan Imran? Bila masa Imran kenal Zafril? Dan bila masa dua orang paparazi nie tahu Zafril suka dekat aku nie? Aku tak pernah pun bagi tahu sesiapa termasuk Imran sekalipun! Ataupun nie kerja Zafril mereka cipta cerita nie! Tak guna punya Zafril!

   “Okey, Imran explain now!” Badan aku pusingkan ke arah Imran. Kakiku sudah bersila di atas kerusi, manakala tanganku sudah bersilang diparas dada. Aku nak dengar sendiri dari mulut Imran sekarang!

   “Tadi masa nak on the way dekat sini, Im,Halyza dengan Nabiela terserampak dengan lelaki bernama Zafril, Zafrilkan altlet universiti, mestilah Im kenal. Jadi masa Im terserempak dengan dia, dia cabar Im untuk berlawan dengan dia dalam lumba lari dekat padang minggu depan. Dia kata kalau Im kalah, Im tak boleh jumpa Ikin dah. Tapi kalau Im menang, Im minta dia jangan kacau Ikin dan jangan jumpa langsung dah.”

  “Tapi Im, Im tahu tak Zafil tu digelar apa? Dia digelar The Horses Man! Im, tahu tak kalau Im kalah, hubungan kita akan jadi retak! Takkan Im nak tengok persahabtan kita nie putus macam itu sahaja? Kalau dia menang, dia tak akan cuba rapat dengan Ikin, sebab dia tahu yang Im, tak akan dekat dengan Ikin. Itu yang Im nak ke? Im tahu tak sepanjang Ikin kenal Zafril, Zafril bukan jenis lelaki yang suka berputus asa? Kenapa Im tak pernah nak bincang dengan Ikin?”

   “Weh kita orang pergi dulu ada kelas. Korang selesaikan masalah rumah tangga korang. Bye” Bayangan Halyza dan Nabiela hanya berlalu pergi sepantas kilat. Mungkin gerun merlihat emosi aku. Entahlah aku begitu beremosi sekarang ini! Takut ke aku nie? Kenapalah lelaki ini suka sangat terima cabaran gila!

     “Sayang” Wajah aku ditarik oleh Imran untuk memandangnya kembali. Tanggan yang mula melepasi raub wajahku hanya mampu memberikan jelingan. “Hei, Im tak akan kalah dengan Zafril tu. Walaupun Im, tak melibatkan diri dalam sukan tapi Im mampu buat semua itu. Ikin pun pernah tengok macam mana Im berlari masa nak selamatkan Ikin dari kena langgar tu kan? Dari jauh Im mampu selamatkan Ikin dari kena rempuh! Just trust me baby”

     “I trust you, but not now. This situation so different and difficult you now! Im tahu tak Im mempertaruhkan persahabatan kita! Ikin tak tahu yang apa perlu Ikin lakukan untuk mengembalikan keadaan ini semua. Ikin langsung tak percaya kalau sekalipun Im menang dia tak akan lepaskan Ikin. Ikin dah masak dengan dia! Tapi Im buat persahabatan kita macam barang pulak” Kini wajah aku ditundukkan pula.

    “Dahlah, janganlah nak menangis dekat sini sayang. Im tak tahu nak pujuk nie! Okey Im janji yang Im akan cuba menang untuk pertandingan ini okey sayang. Dah jangan nak nangis lagi. Buruk muka tu sayang bila nangis! Jom nanti lambat pula kita nak pergi photoshoot untuk majalah yang nak amik kita sebagai model diaorang. Yewlah Im kan kawan dengan model terkenal Asia. Nak tak nak dah terjebak dalam modelling. First time pulak tu. Mesti papa dengan mama terkejutkan.” Kali ini aku tersenyum melihat karenah Imran yang membebel.

     “Macam nielah sayang Im, senyum je. Comel je Im tengok. Dah jom Im hantar Ikin balik lepas tu kita pergi studio. Nanti bising Aunty Zu tu. Okey sayang” Aku hanya mengangguk dah mencapai beg sandang milik aku.



   Memandangkan waktu yang tinggal begitu suntuk, aku dan Imran sudah terlabat membuatkan kenderaan yang dipandu oleh Imran dilajukan sedikit. Usai sahaja aku memarking motorbike milik aku, baru kami sedari yang kami sudahpun terlewat. Mana tak terlewat berjalanan ke rumah Aunty Zu telah terlibat satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesekan jalan raya yang begitu teruk hingga kami terpaksa menahan diri lama di jalan. Terutama Imran yang memandu kereta, sementara menunggu Imran sempatlah juga aku singgah kedai minum sekejap dekat restoren tepi jalan yang tidak berapa jauh. Ho..ho..ho.

  Perjalanan dari rumah Aunty Zu ke tempat studio mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sepanjang perjalanan Imran hanya menunpukan pemanduannya agar tidak terjadi sebarang kecelakaan pada waktu-waktu gentir seperti ini. Wajah Imran aku lihat, tenang sahaja lelaki itu memandu pada ketika ini. Andailah lelaki ini menjadi pemilik hati aku, indahnya dunia!

    Sesampai sahaja aku di hadapan studio, kelihatan beberapa orang perempuan dan lelaki sibuk menunggu dihadapan pintu studio. Apabila kepala aku dijengukkan kelihatan beberapa orang itu sibuk menarik tangan Imran dan aku membuatkan kami terdorong masuk ke dalam studio dengan kadar yang begitu segera, aku bagaikan membuka langkah seperti harimau yang membuka langkah langkah besar apabila seorang perempuan yang memakai kaca mata menarik tangan aku sambil berlari menuju ke sebuah bilik.

    Apabil tubuh aku berada di dalam bilik itu, aku di arahkan duduk untuk menyiapkan diri. Dengan penggunaan beberapa jenis make-up wajah aku sudah cantik dikhias walaupun dengan hanya sekadar gincu,eyeshadow,eyelinar sahaja. Seperti aku selalu dengar daripada jurusolek yang aku kenal, mereka mengatakan kulit aku terlampau bersih untuk dicontengkan dan ibarat kulit aku seperti kulit baby yang tidak boleh di solek sebarangan sahaja. Ermm, apa-apa sahajalah mereka, janji siap cepat habis pun cepat. Badan aku rasa dah letih.

    Sehelai seluar slack, sehelai baju kemeja lengan pendek kosong dan jaket yang hanya separuh bercorakkan zipra. Jaket itu hanya aku butangkan satu untuk mengemaskan cara pemakaian. Usai itu beberapa jenis akseseri telah dipergayakan oleh aku seperti rantai, gelang, dan juga cincin. Rambut aku telah diikat satu seperti ekor kuda sahaja apabila dilihat oleh aku. Dan bahagian terakhir adalah kasut tumit tinggi berwarna putih setinggi 4 inci telah aku sarungkan. Entah mengapa apabila aku cuba ingin mengimbangkan kasut yang baru sahaja dipakai, badan aku didorong dari belakang oleh wanita yang sama menarik tangan aku. Ada juga makan penerajanglah perempuan nie. Tak reti betul nak bersabar, nak cepat sahaja kerjannya!

    Seketika aku terpegun melihat rupa Imran yang sedang bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Indahnya ciptaan Allah ini! Imran yang mengenakan sut hitam kelihatan begitu kemas dengan potongan badan dan warna rambut yang dimiliki oleh Imran secara semulajadi itu. Rambut Imran yang telah tersikat kemas itu membuatkan Imran kelihatan begitu matang sekali. Akhirnya akibat mata aku yang liar melihat wajah Imran akhirnya mata kami saling bertembung. Sebuah senyuman begitu menarik minat aku walaupun tidak memiliki lesung pipit. Ah, kenapalah hari ini aku melihat Imran begitu lain sekali!

     Tubuh kami akhirnya dekat apabila kami terpaksa mengambil gambar bersama. Pada permulaannya kami hanya membuat cara yang hanya tersendiri sahaja tanpa perlu bersama walaupun jarak kami agak dekat. Apabila diminta bersama, dada aku berkoncak dengan begitu laju sekali. Kenapa dengan aku kali nie? Apa dah jadi dekat aku, takkan sakit jantung pulak! Aku dengan lekannya tidak perasan apabila Imran mula mengcekakkan pinggang milik aku dan sementara aku masih kaku.

    Sesekali aku melirikkan mata milik aku dan dapat melihat wajah Imran begitu dekat dengan wajah milik aku sehinggakan aku merasakan hembusan yang begitu menghangatkan. “Cik Nurul, pandang kamera ya. Tolong tegakkan badan anda dan cuba tenung kamera.” Suara itu bagaikan air yang mengalir sahaja aku dengari. Entah mengapa pergerakkan aku begitu perlahan ketika melakukan kehendak itu. Dengan satu hembusan aku cuba menenangkan diri aku ini. Selepas beberapa ‘posing’, selesai juga akhirnya photoshoot untuk hari ini.


    Ingatan aku yang masih gatal mengingati perbuatan Imran tadi membuatkan aku sering kali teringat akan peristiwa itu. Ishhh, apa nak jadi dengan aku hari ini! Bukan aku dah biasa tengok Imran macam tu ke? Kenapa mesti kejadian itu terjadi hari ini! Tak puas hati betullah! Boleh jadi orang gila kalau aku terlampau memikirkan semua ini! Tapi, kenapa aku jadi macam nie hah? Ke aku dah jadi cinta dekat Imran sekarang? Tapi bila masa hati aku ini dah terbuka? Bukan aku dah menyesal untuk bercinta lagi ke? Kesalnya!!

    “Sayang, kita pergi sana ye. Ada reporter nak jumpa dengan sayang” Panggilan sayang begitu lembut didengari dengan akurnya aku menganggukkan kepala aku mengikuti rentak Imran yang membawa diri ke tempat yang didatangi tiga orang iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki yang memegang kamera. Kelihatan dua perempuan itu sibuk menulis sesuatu pada nota. Apalah soalan diaorang nak tanya dekat aku nie. Nak kata aku nie artis bukan! Adoii apa nak jadi dengan dunia sekarang nie!

    “Hai, saya Nurul Ismadi dan ini kawan saya Imran Joong. Ada apa boleh saya bantu cik?” Soal aku sambil menyilangkan kaki yang dituruti oleh Imran yang mengambil tempat disebalah tempat duduk aku. Sempat juga aku membalas beberapa buah senyuman dari perempuan itu.

   “Kami wartawan dari Majalah Gempak Asia.” Oh Majalah Gempak Asia rupanya! Majalah yang selalu mencerita artis-artis mahupun golongan yang berjaya dalam perniagaan yang terdapat di Asia. But I’m not artic and I’m model not artic. “Kali ini kami berminat nak tulis pasal Cik Nurul yang sentiasa terlibat dalam dunia fesyen terutama pada majlis baru-baru ini yang berlangsung di Indonesia yang bertemakan fantasi hasil keluaran Zu Collection. Dan Zu Collection juga sering kali menjadi bahagian fesyen di majalah kami.” Bicara wanita yang memakai tudung sarung bercorakkan bunga sakura.

   “Jadi?”

   “Kami ditugaskan untuk menebual Cik Nurul untuk dimuatkan dalam portal majalah kami. Sebelum kami ke maklumat lain, kami perlu meminta izin untuk mengeluarkan maklumat Cik Nurul terutama berkaitan biodata Cik Nurul yang kami dapat daripada  Zu Collection” Kali ini dibalas oleh lelaki itu pula yang dari tadi sibuk dengan kamera miliknya itu.

   “Baiklah saya akan izinkan. Boleh kita teruskan? Sebab saya risau hari macam nak hujan pulak.” Aku memberikan sebuah senyuman, padahal malas nak jawab soalan yang mengalahkan artis jadi aku gunakan awan yang nak mendung tu.

    “Okey, kita kembali ke asal motif kita. Cik Nurul tak berminat ke nak buat fesyen show dekat Malaysia yang merupakan tanah air Cik Nurul. Menurut maklumat sepanjang tempoh Cik Nurul terlibat dalam dunia modelling, Cik Nurul tidak pernah sekali pun melibatkan diri ke Malaysia, terutama semasa yang berlangsung awal bulan lepas yang melibatkan model-model seluruh Asia turun mempergayakan pakaian, tapi sebaliknya Zu Collection telah menghantar orang lain. Boleh tolong jelaskan?” Bersuara wanita yang memakai cermin mata bersaiz besar yang kelihatan agak poyo tapi bila bersuara begitu lantang sekali.

   “Mengenai maklumat mengapa saya tidak mengambil bahagian yang melibatkan negara Malaysia seperti pertunjukkan baru-baru ini? Saya mempunyai alasan yang sendiri. Bukan saya tidak ingin melibatkan diri saya, tapi pada hari itu saya terpaksa menghadiri beberapa majlis yang telah diambil oleh saya dan pada ketika itu saya telah melibatkan diri dalam perlumbaan kereta yang telah dikhabar angin oleh semua orang”

  Untuk beberapa saat aku cuba mencari ruang untuk aku menjawab soalan ini tanpa seseorang pun mengesyaki tipu muslihat aku. “Kalau diberi pilihan, saya akan memilih untuk menghadiri pertunjukkan itu, sebab saya boleh menjumpai model-model Asia yang lain, terutama kenalan saya yang selalu melibatkan diri dalam dunia ini. Dan apa yang boleh saya katakan, suatu hari nanti saya pasti akan melibatkan diri dalam dunia peragaan di Malaysia, seperti sebahagian inginkan. Apa guna saya anak Malaysia, kalau tak bagi terbaik untuk negara sendiri, bukan?”

   “Mengenai prinsip yang mengatakan Cik Nurul seorang cerewet memilih pakain. Pernah sekali Cik Nurul menolak sebuah produksi yang menyuruh Cik Nurul mempergayakan pakaian yang agak terdedah? Bukan ke model kebanyakkan memakai pakaian sebegitu?” Kali ini aku disoal oleh perempuan memakain tudung. Kalau soalan macam nie street to the point.

    “Because I’m Muslim! Walaupun hidayah saya masih belum terbuka, saya akan memastikan bahagian tubuh saya hanya perlu dilihat oleh seseorang yang halal bagi saya iaitu suami saya sendiri. Buat apa yang perlu menunjukkan tubuh saya untuk lelaki lain sedangkan suami saya yang berhak melihat tubuh saya. Memang ayat itu tak sesuai dikatakan oleh saya, sebab saya tidak memakai tudung. Sebagai Muslim kadang-kadang jangan melihat pada rupa dan cara pakai kita, tapi akhlak kita. Kalau pakai tudung untuk menutup kesalahan, lebih baik tak payah pakai tudung. Wanita yang tidak memakai tudung, percayalah suatu hari nanti dia jauh lebih baik dari memakai tudung. Sebab saat itu sudah ada cahaya rahmat yang Allah kurniakan” Sungguh aku tak percaya kali ini aku menjadi seorang ustazah yang menceramah orang.

    “Okey soalan yang terakhir dari kami, adakah yang dimaksudkan suami tadi adalah anak kepada J&J Holding yang merupakan pemilik syarikat hartanah di Asia iaitu Imran Hakim ataupun Imran Joong yang merupakan anak kepada Abdullah Joong. Terdapat beberapa gambar telah tersebar di bahagian internet yang menampakkan anda begitu mesra dalam gambar itu seperti satu pasangan yang hangat bercinta?” Wajah Imran aku lihat, kali ini aku nak jawab apa ye! Memang ini soalan yang agak susah terutama sejak gambar kami dicuri oleh wartawan-wartawan yang gatal menggangu privasi orang!

   “Saya dengan Imran hanya seorang kawan. Kami kenal sudahpun lama,  jika suatu hari nanti suami saya iaitu adalah Imran Joong, saya terima dengan redha tapi buat masa sekarang, kami hanya  berkawan sahaja! Kami tiada hubungan yang lebih dari itu seperti diura-urakan oleh orang ramai. Mengenai gambar kami, kami berada di tempat awam takkanlah kami nak buat kerja tak senonoh dan pada ketika itu kawan-kawan kami semua ada. Mungkin nakalan sesetengah pihak yang hanya mengambil gambar kami berdua sahaja untuk dijadikan bahan”

     “Macam mana pula dengan Encik Imran?”

      “Kami cuma mangsa keadaan. Kalau kami ada jodoh, Insyaallah kami akan maklumkan. Seperti dikatakan Cik Nurul, kami cuma kawan rapat dan tak lebih” Sayu aku mendengar. Suara Imran kelihatan begitu kendur sekali pada waktu itu. Adakah aku bersalah kali ini?

      “Kalau macam tu kami minta diri lagi. Mungkin majalah ini akan diterbitkan bulan hadapan di seluruh Asia untuk diterjemahkan pada bahasa mereka. Terima kasih atas maklumat Cik Nurul dan Encik Imran yang sudi memberi keterangan kepada Majalah Gempak Asia” Aku dan Imran hanya mengangguk. Usai sahaja mereka pergi kelihatan Imran juga mengangkat punggung membuatkan aku menarik tangan Imran dan Imran menoleh kepada arah aku.

   “Kenapa nie Im? I ada buat salah ke? I minta maaf pasal tadi, I tak niat pun. I tak nak ada masalah dengan sesuatu yang tak pasti” Jelas aku yang mencari anak mata


   “Nothing. Kita pergi sekarang.” Aku hanya mengangguk dan mengikut rentap Imran.

No comments: