photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Monday 15 July 2013

Makna Puasa dan kelakuan ketika berpuasa

Makna Puasa dan kelakuan ketika berpuasa

Asalamualaikum semua pembaca ku tersayang, sihat tak hari nie? Ada rasa lapar tak korang? 15/7/2013 genap enam hari kita berpuasa. Alhamdulilah kerana di beri panjang umur sehingga dapat berpuasa pada tahun ini lagi. Syukur nikmat.

  Puasa? Puasa bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga. Puasa merupakan perkara yang wajid di lakukan oleh setiap umat Islam di serata dunia. Semua menyambutnya dengan meriah sekali. Indahnya bulan ini. Pulan puasa juga dijanjikan oleh ALLAH iaitu hari lailatul qadar, kelebihan lebih 1000 bulan bersamaan 83 tahun umur kita. Sungguh amat bermakna kalau kita dapat malam seperti itu...

  Sebab apa ALLAH menjadikan malam lailatul qadar?
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Tanda-tanda malam lailatul qadar?Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair. Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak. Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita. Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat. Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud. Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

  Bulan puasa juga tak lepas dari Juadah Puasa bukan? Makan,makan,makan..benda wajib lah katakan. Dari dulu umat islam telah mengamalkan juadah berbuka dengan dua biji kurma dan segelas air kosong untuk mengalas perut untuk melakukan ibadat magrib, lepas tu mulalah sesi makan dengan meriah bukan? Kalau dekat Malaysia, Bazar Ramadhan akan dibuka untuk mejual juadah makanan untuk berbukan.... sehingga meleleh air liur melihatnya, tapi kalau orang UP sikit makan dekat hotel lah, terima buffet lagi dengan harga bermula Rm60 hingga RM120 seorang..memang sesak lah hotel jawabnya dengan orang nak berbuka

 Hah lupa pulak, tahu tak korang niat berpuasa dengan berbuka nie? Sini aku tunjukkan untuk jadikan panduan tapi nie pun search google je :)

                  Antara kemeriahan juadan makanan berbuka di Malaysia yang kaya dengan makanan











                         UTAMAKAN IBADAT DAHULU DARI MAKAN YE :)




 

       Sekian terima kasih kepada pembaca, jangan lupa follow okey..  Hope dapat memberi manfaat,,