photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Bab 2 Janji Cinta Kita

Bab 2 Janji Cinta Kita





Angin bagaikan menyapa-nyapa diri aku di kala ini. Kelihatan tenang sekali kawasan tasik di sini. Tasik merupakan tempat kegemaran aku selain kawasan pantai untuk menenangkan diri ini. Bunyi kicauan burung dan kelihatan beberapa orang kanak-kanak sibuk bermain lari-lari di sisi ibu bapa mereka yang kelihatan begitu ceria sekali. Jika dapat aku undurkan masa aku, akan aku menjadi seperti mereka yang sentiasa disamping keluarga yang aku tinggalkan.

    Rindu akan mereka begitu membuak-buak kepada diri aku. Sungguh lama aku tidak berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga aku. Aku cukup merindui mereka, kenapa aku begitu bodoh meninggalkan mereka akibat satu perkara yang begitu kecil kepada diri aku? Dan perkara bodoh itu juga membuatkan aku terseksa sehinggalah sekarang. Aku tak akan lupakan berkara silam yang begitu teruk bagi aku. Keji aku rasakan bila mengingati saat itu kembali. Saat yang tak akan aku mampu undurkan!

   “Ikin” Dengan lembutnya aku merasakan air mata aku disapukan oleh jari lembut Imran. Kepala aku ditundukkan hingga mencecah bahu miliknya. “Ikin, Im tahu Ikin ingat perkara dulu? Im tak pernah salahkan Ikin untuk menutup pintu Ikin untuk, Im. Im sedar siapa diri Im, tapi Im tak dapat kawal perasaan Im tadi. Im rasa sangat kecewa tadi, bila Ikin jawab macam itu, padahal  harapan Im nak sangat, Ikin cakap kita merupakan pasangan kekasih. Ikin pun tahukan sejak dulu Im sukakan Ikin. Im tahu juga, mungkin belum masannya untuk kita dan Im akan tunggu saat itu!”

   “Im, Ikin minta maaf dengan semua ini. Susah untuk Ikin menerima semua ini. Ikin sedih bila hati Ikin tak mampu terbuka untuk Im. Ikin rasa bersalah sangat! Im terlampau baik untuk Ikin, Im terlampau istimewa untuk Ikin sehingga tiada tandingan, Im. Kalaulah Im orang yang pertama Ikin jumpa, pasti hati Ikin akan selamatkan! Maruah Ikin pasti tak akan dipersia-siakan dan dipergunakan! Kenapalah Ikin bagi cinta Ikin untuk orang yang langsung tak layak untuk hati Ikin! Sepatutnya hati Ikin untuk Im!” Teresak-esak dipakuan Imran membuatkan aku menjadi tak tentu arah. Kenapa kau begitu baik Imran!


       “Dahlah janganlah menangis sayang. Im pasti semua yang ditakdirkan telah ditentukan oleh Allah untuk kita. Sebagai hamba kita kena terima dengan redha dengan segala urusan Ilahi. Mungkin suatu hari hati Ikin milik Im. Dan saat itu Im tak akan persiakan seperti lelaki yang pernah hancurkan hati Ikin. Kalau Im jumpa dia, Im pasti akan cakap dia bodoh! Bodoh sebab tinggalkan wanita sebaik Nurul  Riskirina. Dah, tak mau nangis. Ni Im, ada belikan sesuatu” Dengan perlahan aku mengangkat kepala aku seraya itu mengelapkan air mata yang jatuh itu. Seketika aku melihat sekuntum bunga ros putih pada tangan Imran. Tangan Imran yang menghulurkan bunga itu akhirnya aku sambut. Imran seorang yang sangat memahami dan tahu kesukaan aku. Semoga suatu hari nanti hati aku miliknya ataupun semoga Imran ditemui dengan seorang yang baik.

   “Terima kasih, Imran”

   “Dah jom balik sayang. Nanti marah pulak Aunty Zu sayang tu, kata Im bawa sayang pergi jauh pula.” Aku hanya tersenyum bila melihat Imran yang membebel apabila pernah diceramah menghantar aku pulang lambat pada ketika hujan. Kesian Imran.

    Bintang yang berkelipan di langit sungguh cantik dilihat. Indah sungguh ciptaaNYA. Suasana yang sunyi di perumahan Aunty Zu membuatkan suasana begitu nyaman dengan tambahan angin malam yang menyapa diri aku ini. Kala ini aku hanya berseorangan tanpa seorang teman untuk mengadu. Rutin yang membosankan sejak aku datang ke Singapura apabila keseorangan, hanya mampu menatap ciptaan yang sungguh indah itu. Keseorangan adalah perkara yang tidak mampu aku sangkakan. Hidup bagaikan gelap dan kesepian.

    Kala dahulu, bintang yang berkelipan di lihat bersama manusia yang paling aku sayangi selain dari keluarga aku sendiri. Seorang lelaki, seorang peneman, seorang pemilik hati aku ini. Cinta yang lama aku tinggalkan, cinta yang penuh kepahitan, cinta yang penuh dengan kedustaan. Ingin sekali aku kembali ke masa lalu itu. Masa lalu bersama dengan si dia, saat melalui masa manis dahulu. Cinta yang langsung aku menyangkakan dahulu.

7 Tahun dahulu

   “Cuba teka!” Kegelapan yang melanda diri aku kini. Terkapai-kapai aku merapatkan jari-jemari aku ke pemilik tangan yang berani menutup mata aku saat aku ingin bersendirian menatap bintang yang berkelipan di langit. Bau haruman yang dipakai oleh pemilik itu cuba membuatkan aku tenang dan damai. Seperti menyangka pemilik bau haruman itu.

    “Asyraf!” Jawab aku dengan penuh kepastian.

   “Ala terkantoi je dengan sayang kita ni. Dari tadi temenung je Ash tengok, terbayangkan siapa dekat langit tu? Terbayangkan Ash ye?” Satu cuitkan pada pipi aku aku rasakan. Pandangan aku tepat melihat seorang lelaki yang cukup sifat dengan rupa paras dimiliki oleh lelaki itu, memiliki wajah yang putih, hidung yang mangcung, mata yang redup dan memiliki anak mata berwarna hitam yang bersinar cantiknya. Ketinggian yang bentuk badan lelaki itu cukup sempurna untuk dijadikan lelaki idaman untuk wanita diluar, tinggi yang cukup dan bentuk badan yang sangat cantik walaupun di usia remaja ini.

    Dengan memiliki sebuah lesung pipit disebalah kanan membuatkan aku cukup terpukau dikala itu. Membalas senyuman dan lalu aku membaringkan tubuhku pada lantai rumput yang berhampiran dengan kolam renang. Mata aku yang masih lagi melilau melihat langit. Perbuatan aku diikuti oleh Asyraf yang meniru aksi aku asyik melihat bintang. Sungguh aku merasai bahagia saat itu apabila dapat bersama dengan orang yang aku sayang untuk menatap keindahan alam ini.

    “Tu,sayang.” Asyraf menghalakan jari telunjuknya ke arah salah satu bintang dilangit yang mempunyai sedikit keterangan berbanding disekelilingnya. “Cahaya bintang itu ibarat sayang yang akan selalu menerangi hati Asy selama-lamanya. Ash sayang Ikin selama-lamanya! Dan sayang kena janji yang sayang tak akan perpisah dengan Asy! Promise!”

    “Apa yang mampu Ikin katakan Insyaallah. Ikin tak mampu berjanji untuk menyayangi Asy selama-lamanya. Sebab Ikin takut untuk berjanji. Ikin, takut Asy akan…” Tak sempat aku meneruskan kata laju sahaja posisi badan Asy di naikkan dan membuatkan aku juga berposisi duduk.

   “Kenapa Ikin cakap macam tu? Apa kurangnya Asy yang Asy tak ada untuk Ikin sehinggakan Ikin katakan yang Asy ini bukan idaman Ikin? Asy sedar siapa diri Asy, berbanding dengan Ikin”



    “Bukan itu yang Ikin maksudkan Asy. Asy ada segala-galanya. Bagi Ikin Asy begitu sempurna untuk jadi terbaik untuk Ikin dan malah Ikin takut dengan apa yang Asy miliki. Asy ada rupa yang mampu menarik minat perempuan dekat luar sana, Asy ada harta untuk menarik perempuan dekat luar, tapi Ikin hanya ada harta sahaja. Ikin tak secantik seperti Zanie, ex-gilrfriend Asy. Ikin tak seseksi dia dan Ikin takut, Ikin tak akan mampu dengan godaan diluar yang mengingankan Asy dari tangan Ikin.” Sepintas itu air mata aku jatuh mengalir membuatkan aku mengelapnya.

   “Tapi Asy bukan macam itu Ikin. Asy tulus mencintai Ikin walaupun Ikin tak cantik seperti Ikin katakan, tapi dimata Asy, Ikin begitu sempurna sebagai wanita dimata Asy. Ikin sempurna menjadi peneman Asy, Ikin sempurna menjadi bidadari Asy dan Ikin sempurna menjadi ibu kepada anak-anak Asy. Itu sudah mencukupi daripada cantik dimata orang luar. Asy tak kisah semua itu janji Ikin sentiasa menemani Asy sampai bila-bila. Asy tahu, Asy bukan terbaik untuk wanita seperti Ikin, tapi Asy akan cuba untuk menjadi terbaik untuk Ikin. Sebab Asy hanya cinta Nurul Ashirn Riskirina sahaja! Only you baby, please give me change! Believe me!”

    “Ikin takut Asy.” Mata aku menatap ke arah anak mata Asyraf apabila tangannya mendongakkan kepalaku untuk memandangnya. Dari pergerakkan matanya, cukup membuatkan aku ingin menangis ketika itu.

    “Sebab itu Asy nak kita berkahwin! Kalau tak kahwin sekalipun kita bertunang, sekurang-kurangnya kita ada ikatan yang mampu membuatkan diri kita sedar. Dengan itu, kita tak akan terlekar dan selalu akan cuba setia antara satu sama lain. Asy tak mampu bayangkan kalau Asy berpisah dengan Ikin, Asy tak mampu bayangkan hari-hari tanpa Ikin.”

    “Asy, kita dah bincangkan perkara ini. Kita masih muda lagi Asy, umur kita baru lapan belas tahun dan baru sahaja habis sekolah. Bayangkanlah, kalau kita tunang! Tiba-tiba gaduh, pastu kita putus tunang. Pastu, bila kahwin pula, kena cerai. Mana kita nak letak muka keluarga kita Asy. Bukan Ikin tak nak kahwin dengan Asy, cuma masa belum menentukan jodoh kita. Insyaallah, kalau kita ada jodoh, tak ke mana kita akan pergi.” Keluhan sudah dilepaskan oleh Asyraf dan menjauhkan sedikit tubuhnya itu dari aku.

    “Perhubungan cinta yang kosong bagaikan menakutkan Asy akan kehilangan Ikin. Kalau kita bertunang, Asy akan pastikan kita sampai ke jinjang perkahwinan dan kalau kita berkahwin Asy akan pastikan kita kekal selama-lamanya. Itu janji Asy, sebab Asy takut kehilangan cinta Ikin yang penuh dengan kebahagian. Sejak Asy putus dengan Zanie, hidup Asy kosong. Tapi Asy mampu terima, sebab Asy sedar yang Zanie bukan perempuan baik untuk Asy. Tapi kalau Asy putus dengan Ikin, Asy tak mampu sedar apa yang kurang pada diri Ikin. Ikin bagaikan sempurna untuk Asy.” Ketika itu, aku tak mampu katakan lagi, lelaki yang berada di hadapan aku itu bagaikan mengatakan sesuatu penuh dengan makna yang sangat indah.

   Cuba mencari ketenangan aku kembali ke posisi baring. Bintang di langit bagaikan mengingankan aku kembali menangkan diri untuk kembali mengawal emosi. Aku tidak mampu memahami situasi itu. Aku begitu mencintai lelaki itu, tapi aku tak mampu lakukan sepeti yang diingankan. “Asy, cuba tengok bintang dekat sana.” Aku menunjukkan ke arah satu bintang. “Asy suatu hari nanti kalau kita ditakdirkan akan berpisah, Ikin yang akan pergi dari hidup Asy untuk memulakan sesuatu yang baru bagi hidup Ikin ini.”

   “Maksud Ikin?” Laju sahaja Asyraf menyoal.

   “Maksud Ikin, kalau kita berpisah, Ikin yang akan pergi dari sini untuk jauhkan diri dari Asy. Tapi bintang di langit sana yang akan mengingatkan segala memori Ikin dengan Asy. Sebab Ikin terlampau cintakan Asy dan Ikin akan pastikan hati Ikin susah untuk dimiliki dengan mana-mana lelaki sekalipun termasuklah Asy, jika Asy yang mengingakan Ikin kembali lagi dalam hidup Ikin. Dan Ikin nak Asy bayangkan bagaimana cinta Ikin kepada Asy.”

    “Asy akan pastikan Ikin tak akan lakukan benda yang mengarut macam itu. Asy akan pastikan yang Ikin akan selalu ada untuk Asy.  Asy takkan sakiti hati Ikin walaupun sikit. Asy akan cuba kawal emosi dan amarah Asy yang Ikin sendiri pun tahu, sebab Asy tak mampu hidup tanpa cinta Ikin.”

    “Selagi rantai yang bersalut cincin ini berada di batang leher Ikin, Ikin tetap menjadi milik Asy selama itu. I love you my prince charming. Forever only you on my heart!” Sebuah senyuman sudah tercipta mengakhri malam itu. Aku sangat mencintai lelaki itu. Lelaki yang begitu istimewa di hati aku. Sedang aku ingin mengukirkan senyuman yang agak lama, aku merasakan air hujan jatuh dan kala itu aku melihat Asyraf melarikan diri dari aku sambil terkekeh-kekeh mengertawakan aku.

     “I Love you my cute princess. Forever you only for me” Jerit Asyraf yang mula melangkah laju apabila aku makin menghampiri dirinya. Malam yang begitu indah aku rasakan.

     “Ikin, tak tidur lagi?” Sepintas itu bayangan tujuh tahun itu hilang apabila suara itu menayakan akan diri aku. Badan aku dipusingkan dan melangkah keluar dari tempat balkoni rumah.

     “Belum, aunty. Aunty tak tidur lagi?”

      “Kita tanya dia, dia pula tanya kita. Aunty nak cakap ni, yang lagi tiga bulan aunty akan ke Eropah untuk fesyen show dekat sana. Lepas tu, aunty ke China, Indonesia dan last sekali Malaysia.  Mungkin dekat Eropah, aunty tak izinkan kamu pergi sebab kamu exam. Tapi, China, Indonesia dengan Malasyia, aunty izinkan kamu pergi. Mungkin mulai bulan depan aunty dah sibuk untuk persedian. Kalau kamu nak ajak kawan kamu datang, ajaklah. But not Imran! Kawan perempuan sahaja, faham!”

   “Ye, aunty. Ikin belum pandai menggatal lagi la. Don’t worry about that. I still remember about halal and haram for me aunty. So now I think, I’m so tried. Good night aunty. Happy sweet dream.” Aku menolak tubuh Aunty Zu keluar, makin lama duduk dalam bilik nie, makin lamalah dia membebel.  Kenapala aku boleh teringat lelaki itu. Lelaki yang lama aku tinggalkan. Tapi kenangan manis itu aku masih ingat sampai sekarang. Aku rasa bagaikan diri ini terlalu memikirkan dia.

   Bukan aku yang salah dalam perhubungan kami ini, tapi dia! Dia yang salah sebab tak pernah cuba untuk menepati janji dan berani membuatkan air mata aku jatuh perkara yang bodoh macam itu. Aku akan pastikan hidup dia akan merana! Dan aku harap, aku tak akan pernah jumpa lelaki seperti itu lagi. Pemusnah cinta!

Ring! Ring!

   Bunyi yang dihasilkan oleh telefon bimbit aku, membuatkan lamunan aku tersentak. Dengan penuh rasa malas, aku mencapai juga telefon bimbit aku ang tersadai di atas katil. Nama yang tertera di telefon bimbit itu membuatkan aku menekan skrin berwarna hijau, tanpa menunggu masa lagi. “Hello.”

   “Hello, Ikin kau turun sekarang!”

  “Nak buat apa Biela? Aku nak tidur, ngantuklah!”

  “Aku tak kira, turun sekaranggg!” Jeritan maut dari bila membuatkan gengaman telefon bimbit aku dijauhkan dari teliga aku. Rasa macam nak pekak je selepas mendengar jeritan langsuir dari Biela. Adoi, nasiblah kena turun. Baju sweater yang sudah membalut tubuhku yang hanya memakai seluar legging dan singlet tidur sahaja tadi. Rambut yang dilepas, sudah diikat satu oleh aku. Dengan perlahannya kakiku melangkah menuruni anak tangga agar tidak diketahui oleh Aunty Zu.

  Melalui jendela, aku dapat melihat dua orang sahabat aku yang sedang menunggu di luar kereta, sepasang selipar dibawa keluar dari almari. Pintu gerbang, dibuka dengan penuh berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi sekalipun. Mata yang ralit melihat situasi sekliling rumah sebelum memecutkan diri keluar dari rumah. Tubuhku dengan pantasnya memasuki sebuah kereta yang berwarna putih itu. Peluh dimuka dilap oleh aku dengan penuh kelegaan.

  “Korang nie, nak pergi mana malam-malam macam nie? Aku baru nak tidur tahu tak!” Marah aku, apabila hajat untuk tidur tadi tergendala disebabkan oleh dua orang sahabat aku yang berada dihadapan.

  “Kau, nie dah lupa ataupun engkau nyayuk wahai Riskirina! Kau tak ingat ke esok hari apa?” Toleh Halyza yang memandang ke arah wajah aku.

  “Sunday? Holiday? Have something special tomorrow?” Dengan penuh tanda tanya aku menyoal. Kenapa dengan hari esok? Adoi, tolong jangan buat aku tertanya gaya orang gila boleh tak!

  “Ya! You now what, tomorrow is Imran birthday. You not remember what, we do’it when Imran birthday? I think something wrong with you Riskirina!” Apabila mendengar sahaja kata-kata itu laju sahaja aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan membuka kelendar dan pada tarikh esok tertera sudah yang menjadi kebisaan aku membuat memo pada setiap harijadi sahabat-sahabat karibku dan keluarga tersayang.

   “Sorry, I not remember about that. So what you should to do?”

   “So, kitaorang dah belikan kek untuk Imran, jadi kita buat kejutan dia dekat rumah dia. Aku dah bincang dengan aunty dengan uncle about this. So kita buat call yang kau kena culik dan mesti Imran akan terkejutkan?”

   “Eh, wait! Kenapa perlu culik? Kalau mulut korang masim, macam mana?” Dengan penuh riaksi aku memberikan impak wajah aku, nak buat kejutan pun perlukan nak buat macam itu. Selama ini buat biasa-biasa je, hari ini nak kena perlakon bagai.

   “Ala, engkau nie Ikin, kita selalu buat perkara sama sahaja setiap tahun untuk dia. Hari ini aku dengan bila dah berhajat nak tengok Imran menangis. Sekejap pun jadilah, please okey. This time only!” Rayu Nabiela yang sedang memandu.

   “Okey, next?”

   “And than, kita buat call dekat Imran, lepastu kau muncullah. Pastu happy ending, yeii!” Girang Halyza menepuk tanggan. Kepala Halyza aku tolak, apa punya oranglah, happy ending kejadah dia. Ingat ini cerita movie? Teater? Novel? Apalah!

   “Kau rasa berjaya ke buat benda mengarut macam nie? Aku rasa tak! Kau tahukan Imran itu jenis macam mana? Dia tahu akulah, wahai Nabiela, Halyza! Apa kata kita buat macam biasa, senang ceritakan. Tak perlu nak menangis bagai, kesian kita kena kacau aunty dengan uncle waktu malam macam ini.”

   “Mana, boleh. Kita orang dah bincang dah semua. Jangan banyak cerita. Kau ready je dari sekarang! Duduk diam dekat belakang tu!” Hanya jelinga sahaja aku sambut dari amarah Nabiela itu. Sahaja betul mereka berdua ini nak kenakan aku. Kalaulah Imran kena sakit jantung, siap mereka aku kerjakan! Pandai sangat buat idea bodoh macam ini.

   Ketukkan pintu yang bertalu-talu membuatkan Imran tersedar dari bangunan tidurnya yang lena itu. Dengan perlahan-lahan kakinya melangkah dengan perlahan mencari pintu seraya itu matanya yang masih terpejam rapat. Dari satu tapak, ke satu tapak membuwa dirinya ke arah pintu biliknya. Jari-jemarinya meraba-raba mencari tombol pintu pula.

   “Im, Im, Ikin kena culik tadi.” Tubuhnya dihogah-hogah oleh seseorang dan satu ucapan membuatkan lena tidurnya betul-betul terkacau. Matanya yang terpejam rapat tadi, terbuka besar memandang empat orang tubuh yang berada di hadapan pintu biliknya. Berita yang terdengar membuatkan sapurah dirinya hilang. Fikirannya buntu berfikir.

   “Kenapa pula dengan kamu Imran? Pergilah cari Ikin.” Tangisan mamanya yangdilihat sedang memeluk papa yang memandang ke arahnya.
  
   “Macam mana boleh berlaku Halyza? Nabiela?”
  
    “Tadi masa kita orang shopping, nak pergi parking ada sebuah kereta datang tarik Ikin. Imran kena cari Ikin!”

   “Papa, call polis. Im akan cari Ikin sekitar shopping complex itu. Mana tahu diaorang hantar balik Ikin ke sana. Halyza dengan Nabiela teman mama. Mama, papa, Imran kena pergi dulu. Apa-apa perkembangan bagi tahu Im.” Tubuh yang berpusing kembali sambil mengambil sehelai t-shirt untuk disarung ke badan dan telefon bimbit biliknya. Terkocoh-kocoh dirinya menuruni anak tangga. Dalam fikirannya pelbagai akan berlaku terhadap seseorang yang disayangi itu.
   
   Dalam dirinya ingin sampai ke anak tangga terakhir, lampu rumah menjadi gelap dan membuatkan langkah terhenti sekitar. Mencari-cari sesuatu cahaya yang dapat membantunya. Dari jauh kelihatan sebuah cahaya dan satu wajah yang berada di fikiran kotak dikala itu muncul dihadapannya. Alunan merdu dimiliki wanita itu menyayi lagu Happy Birthday membuatkan dirinya terpaku dan seketika itu lampu mula menyinari ruang rumah itu kembali.
 
   “Happy birthday Imran. Tiuplah lilin!”  Mata kami saling bertembung antara satu sama lain, renungan mata akhirnya menampakkan matanya mula merah dan mengalirkan sesuatu cecair iaitu air mata. Kek yang dirampas olehnya lalu diletakkan di atas meja membuatkan aku terpaku seketika dengan perbuatannya, sekaligus itu tubuhku diraih olehnya dengan sebuah pelukkan yang cukup kemas dan dapat aku merasakan rambutku dipasahi air mata Imran.

    “Kenapa, Ikin buat macam ini dekat Im? Kenapa, Ikin? Hati, Im hancur dengar perkara macam itu, tahu tak!  Kenapa selalu buat kerja bodoh macam itu? Ikin tahukan macam mana Im, sayang sayang dekat Ikin?

     “Sorry!”

     “Lain kali jangan buat Im macam ini lagi! Im, tak nak kehilangan Ikin, walaupun Ikin bukan milik Im! Im, nak selalu tengok Ikin ceria menyinari dunia ini.” Aku hanya menanggukkan kepalaku sambil merenung mata Imran yang asyik mencari anak mata aku yang meliar mencari anak matanya.

      “Erhmm.” Satu derhaman itu membuatkan Imran melepaskan pelukan itu yang membuatkan aku memandang ke arah empat tubuh yang berada di hadapan aku kini.
  
      “Happy birthday anak mama.” Ucap Aunty Farida sambil tersenyum seraya itu memeluk pinggang Uncle Joong.
 
      “Anak kitalah, sayang.” Uncle Joong pula membetulkan ayat Aunty Farida. Sungguh aku cemburu dengan keluarga ini. Cemburu dengan kelengkapan mereka semua, sesungguhnya aku merindui seorang insan yang telah lama pergi menghadap Ilahi.
     
   “Apa-apa je lah, Encik Joong, jom makan. Penat hari ni, Aunty masak tau!”
 
    “Jom!” Serentak suara Nabiela dan Halyza bergabung dan menjadikan suara mereka bergema.

   Suasana meja makan yang mula riuh dengan suara bualan antara Nabiela, Halyza, Uncle Joong dan juga Aunty Farida dan sementara aku dan Imran hanya menyepikan diri menghadap makanan yang memenuhi meja makan itu. Sepintas itu satu potongan ayat yang dikeluarkan oleh Imran membuatkan fikiran aku kacau pada masa kini. “Im, tak nak kehilangan Ikin, walaupun Ikin bukan milik Im! Im, nak selalu tengok Ikin ceria menyinari dunia ini.” Potongan ayat itu berulang-ulang kali di keluarkan! Apa nak jadi dengan aku hari ini? Gila sudah ke aku? Apa gila? Oh tidak!

    Tapi… Aku tak gila, cuma aku masih tak dapat mentaksirkan apa yang diucapakn oleh Imran. Ermm, tapikan ayat Imran tu membuatkan aku gerunlah apabila dia cakap macam itu. Dia tak nak kehilangan aku dan walaupun aku bukan milik dia? Maknanya dia akan terus kejar aku walaupun aku berkahwin dengan orang lain? Takkanlah, dia sanggup buang masa demi aku, lagipun dia ramai peminat dekat luar sana. Tapi… Arghh, banyaknya tapi aku ni! Bukan ke dia kata dia cintakan aku? Kalau macam itu susahlah macam ni. Aku taknak perhubungan persahabatan antara aku dengan dia retak! Aku nak, walaupun ada haluan masing-masing, aku nak persahabatan aku kekal sampai bila-bila sekalipun!

   Bihun goreng yang berada di atas pinggan bagaikan acuh tak acuh sudah gaya cara pemakanan aku. Sekejap, bihun goreng itu berada di garfu dan kadang-kadang aku meletakkannya kembali. Rasa macam tak ada mood nak makan untuk malam ini. Selera dan hilang bila banyak memikirkannya. Kenapalah aku boleh gilang selera macam amalam ini? Tolak rezeki betullah aku hari ini. Nasib, oh nasib diriku!

  “Ikin! Ikin!” Lamunan aku terhadap bihun goreng itu hilang apabila satu sura memanggil aku. Dengan riak muka bosan, aku memandang wajah Nabiela yang memanggil diri aku. Kepala aku diangkat sedikit sebanyak dua kali. Mulutpun rasa berat nak cakap!

  “Aku dengan Halyza kena baliklah. Kita orang ada hal. Im, hantarkan Ikin ye. Bye” Tanpa sempat aku nak bercakap sepantas kilat Nabiela dengan Halyza menghilangkan diri. Kurang hasam betul punya kawan, tahu aku dalam dilema sahaja nak kenakan aku lagi. Memang lama tak makan tanganlah dua orang budak ni! Siap korang aku dapat korang, aku lanyak korang macam ikan masim kena jemur. Tunggu jelah!

   “Habis makan nanti, Im hantar Ikin balik ye. Tak elok balik lambat, bawa anak dara orang lagi. Anak dara pulak bukan calang-calang orang punya anak dara, apa-apa terjadi susah pulak kita, semua wartawan cari papa dengan mama nanti. Famous papa dengan mama nanti. Masuk televisyen je kerja, kena soal dengan orang ramai nanti.” Ulas Uncle Joong membuatkan aku tersenyum.

   “Betul! Bukan wartawan Singapore je datang jumpa papa dengan mama, wartawan seluruh Asia datang nak tanyakan  apa yang berlaku nanti. Kalau mama kena ngorat tak apa, jangan papa kena ngarot sudah! Hah, Ikin makan tambah lagi, banyak lagi lauk tu. Im, ingat hantar terus balik! Jangan nak merayau bawa anak dara orang merata-rata. Mama dapat tahu kamu sentuh anak dara orang, siap kamu mama kerjakan kamu! Ingat!”

   “Yes, madame.” Balas Imran yang sudah lali dengan bebelan Aunty Farida. Pandangan yang melencong membuatkan aku memandang ke arah Imran yang sedang asyik dengan makanan yang berada di hadapan matanya dan membuatkan aku leka curi memandang wajah Imran. Tanpa aku sedari, pandangan tadi yang leka membuah bencana apabila Imran menoleh wajahnya dengan sebuah senyuman tepat ke arah aku. Mampus!

   “Mama, Ikin balik dulu. Rasa macam ngatuk pula.” Cepat-cepat aku memberikan alasan untuk menggelakkan diriku.

   “Hah Imran, pergi hantar Ikin balik. Apa tunggu lagi!”

   “Mama, Ikin balik naik teksi sahajalah. Jalan besar dekat je, Im tak payah hantar Ikin. Ikin balik sendiri! Bye!” Laju sahaja aku menyalami tangan Uncle Joong dan beralih ke tangan Aunty Farida. Bila tangan aku ingin menarik kembali, tidak lepas! Arghh, memang dan kena!

    “Im, hantar Ikin balik. Ada ke budak ni nak balik naik teksi malam-malam buta macam ni. Rumah mama ni bukan tak ada kereta nak hantar Ikin, bukan tak ada orang nak hantarkan Ikin. Karang apa-apa berlaku dekat Ikin, siapa nak tanggung nak menghadap Datuk Ismadi dengan Ros Zuhairah nanti! Dah, Im pergi hantar anak mama seorang ni! Ingat balik cepat!”

    “Yes, madame.”

    “Yes, yes, yes! Itu jelah, karang buat jugak, siap kamu!”

    “Enough Ida, he say yes. And will be okey. Don’t worry!”

    “Bye, mama. Bye papa.” Aku memberikan lampaian.

   Pintu kereta yang telah dibukakan oleh Imran membuatkan aku melangkah masuk ke dalam sebuah kereta BMW berwarna biru tua itu. Tak berapa lama saat kemudian giliran Imran pula memasuki ruang kereta itu. Bunyi alunan muzik yang sedang mengalunkan lagu Inggeris lama mula menghiasi ruang pendengaran telingaku dan dalam masa sama sempat aku mencuri pandang ke arah Imran yang hanya memfokuskan terhadap pemanduannya.

   Dari tepi aku dapat melihat wajah Imran yang kelihatan matang, tegas tapi comel! Dengan hidungnya yang mangcung dan dagu yang sikit terbelah menampakkan ciri-ciri kelakian yang dimiliki oleh Imran. Kalau siapa tidak mengenali diri Imran pasti mereka meneka diri Imran seorang yang sombong dan belagak, tapi silap! Imran seorang yang baik, peramah dan mudah dibawa berbincang. Sifat yang dimilikinya itu membuatkan diri aku senang mengenali dirinya.

   Pandangan aku kembali teralih ke arah hadapan, inilah Singapura! Kota yang indah dan cantik dengan pemandangannya. Kota yang begitu bererti untuk diri aku, kota seribu makna untuk diriku dan kota yang penuh dengan perubahan diri aku. Perjalanan yang singkat akhirnya sampai ke tujuan yang dikhendaki. Kereta Imran yang berhenti di hadapan rumah Aunty Zu membuatkan aku membuka pintu kereta, dan baru sahaja aku hendak melangkah, satu suara memanggil diriku dan membuatkan aku beralih pandangan mataku.

   “Kita lepak dulu nak? Im rasa kalau balik sekarang mesti tak dapat tidur balik. Tapi kalau tak nak tak apalah. Im, minum dekat kedai sahajalah.”

   “Ermm, boleh juga. Jom kita lepak.” Balas diriku.

    Kami berdua melangkah menuju ke arah bonet kereta, tubuh Imran yang sudah meletakkan punggung di atas bonet kereta membuatkan aku juga menurut aksi itu dengan sendiri walaupun ingin ditolong oleh Imran. Pemandangan rumah Aunty Zu yang dipenuhi dengan rumah-rumah elit dan suasana sunyi membuatkan kami terdiam. Kala itu mulutku tiada perkara untuk berbicara dan bagaikan terkunci untuk berbicara lagi. Hembusan angin sejuk membuatkan aku menggosokkan kedua-dua belas tapak tangan aku ke arah lengan aku.

   Perbuatan Imran yang turun dari kereta membuatkan aku tertanya-tanya dengan perbuatan itu. Beberapa saat kemudia Imran kembali dengan sehelai baju kemeja berwarna kuning yang sudah dibuka butang itu lalu diletakkan pada tubuhku sebelum dirinya kembali duduk di atas bonet kereta.

  “Thanks.” Balas diriku.

   “Welcome. Ikin, apa yang Imran katakan tadi tu, Imran kata betul. Im, betul-betul takut kalau kehilangan Ikin. Biarlah Ikin bukan milik Im, tapi Im nak Ikin dengan orang yang boleh bahagiakan Ikin dan jauh lebih baik dari Im. Im nak Ikin bahagia dan selalu tersenyum walaupun Ikin bukan milik Im. Im sayangkan Ikin, sebab Ikin cinta pertama Im dan cinta yang tak akan pernah Im akan lupakan. Ikin seseorang yang sangat istimewa untuk Im. Im tak nak Ikin sakit walaupun sikit.”



   “Im, terima kasih sebab mencintai Ikin, tapi cinta Im tak dapat Ikin balas. Ikin dah cuba untuk mencintai Im sepenuh hati Ikin, tapi tetap tak boleh. Semua pengalaman yang Ikin alami membuatkan Ikin takut untuk terjebak kembali dalam dunia percintaan. Cuma Ikin yang dapat katakan biarlah masa dan takdir menentukan jodoh Ikin dengan siapa dan kalau jodoh Ikin dengan Im, Ikin pasti suatu hari nanti Allah akan membukakan pintu hati Ikin untuk terima cinta Im. Buat masa sekarang Ikin sayang Im sekadar seorang sahabat yang Ikin anggap kawan dunia dan akhirat.”

   “Im, tahu semua itu, tapi…”

   “Uncle!” Jerit satu suara dan kelihatan satu tubuh kecil sedang berlari terkedek-kedek menuju ke arah Imran dan aku. Apabila tubuh budak kecil itu makin dihampiri, Imran mendepakan tangannya lalu membawa Faris kedalam dukungannya.

   “Uncle, Mak Su, esok kita pergi jalan-jalan ye?”

   “Mak Su sibuklah sayang.” Balas aku seraya menyentuh lembut pipi tembam Faris.

   “No! Faris nak jugak! Full stop! Okeylah, Faris nak tidur. Jangan lupa esok ye, good night Uncle Imran. Good night aunty.” Balas Faris yang sudah berlari memasuki menghala ke arah rumah yang masih terang-menderang.

   “So, macam mana? Nak ikut ke cakap Faris?”

   “Im pun kenal Faris macam manakan? Nak atau tak nak, kena pergi juga.”

   “Ermm, okey. Kalau macam itu Im, balik dululah. Nanti risau mama dengan papa marah Im pula. Ikin macam tak tahu kalau mama dengan papa marah, terutama mama macam ribut petir sahaja satu rumah. Good night my sweet heart.”

   “Bye, take care. Good night, happy sweet dream.”




No comments: