photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Friday 18 July 2014

Pergilah cinta

Pergilah cinta


       


Assalamualaikum wahai blogger, syukur aku masih bernafas dan syukur saya masih berpeluang untuk menulis sesuatu di catatan Penulisan Khayalan aku

Biasanya aku akan membalas email-email yang di hantar mengenai cinta mahupun nasihat, tapi kali ini aku sendiri cuai dengan perasaan aku sendiri. Sedihkah aku dengan perasaan sekarang ini?

Kecewakah aku? Hanya Allah sahaja tahu perasaan aku sekarang ini, perasaan yang susah aku katakan dalam hal kali ini. Kalau dahulu aku selalu cerita cinta pertama diri aku kan? Cinta lelaki yang aku tolak selama ini? Cinta seorang mamat cina yang membuatkan aku serba salahkan? 

But this time aku bukan nak cerita semua itu.
Aku mengaku dan Ya wanita bernama Nurul Ashikin Binti Ismail adalah seorang wanita yang Tidak Kuat! Seorang wanita yang tak akan berani dengan perasaan dia! 

Saat aku sedang menulis ini, perasaan aku begitu campur sekali. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dekat hati aku ini. Aku binggung, aku tak tahu sama ada aku cinta ataupun apa dekat dia.

Sungguh aku di diduga dengan perasaan kali ini dengan lelaki itu. Terduga sangat! Ya patutnya aku sedar diri aku bukan untuk lelaki itu dan mulai sekarang aku akan cuba. Cuba untuk melupaka semua itu. Cuba untuk yang pernah aku letakkan di hati aku.

Sepatutnya sejak aku kenal dia, aku perlu sedar yang dia bukan untuk aku! Dia untuk orang lain! Dan sedar bahawa ada ramai lagi lelaki yang masih ada dalam dunia ini mampu aku miliki.

Aku sedar siapa diri aku dengan wanita lain! Aku sedar aku tidak di datangkan dengan tubuh badan yang cantik! Muka yang putih! Dan semua itu aku tahu!! Jangan cakap dah!

Hati aku ini tahap dia, tapi kali ini aku akan cuba! Cuba untuk berubah menjadi lebih baik dari sekarang. Dan bila masa itu tiba, kau tak akan menjadi pilihan aku dah. Tak guna dah! Sebab hati aku untuk orang lain. Kecuali dengan kata JODOH!

Sesungguhnya hati aku kali ini sakit, matlamat aku akan lakukan sesuatu yang terbaik! Sesuatu yang aku akan akan menjadi apa yang aku ingin. Ya selama ini aku lenggahkan! Dan bila tiba satu hari itu, aku akan berubah! Aku akan terus berubah. Berubah dari segi apa? Itu adalah rahsia.

Aku cuma berharap kau bahagia dengan sesiapa sahaja yang kau inginkan. Kenapa aku cakap macam ini walaupun kau cuba nak nafikan? Walaupun kau layan aku baik? Sebab perbuatan kau wahai hamba Allah.



Pergilah cinta yang menyakiti,

Sesungguh aku mengetahui perasaan itu,

Aku terikat dengan cinta monyet yang begitu menyakit,

Aku terikat dengan cinta monyet yang begitu  memeritkan,

Cukuplah wahai hati kau bersedih selama ini,

Cukuplah engkau menahan melihat semua ini,

Kerana saat ini kau lupakan cinta,

Lupakan seperti kau lupakan cinta pertama engkau,

Biarlah nama dia mengalir seperti air sungai yang deras,

Seperti dahulu.
 


Wahai hati, janjilah kau akan berubah,

Berubah untuk kebaikan,

Wahai hati percayalah ada seseorang menunggu,

Untuk kau sentiasa tersenyum,

Bawalah hatimu yang lara ke hulu dan alirkanlah ke hilir,

Kerana itu semua memeritkan hatimu sayang,

Tabahkan hatimu itu,

Tutuplah cerita lama dan coretkan sesuatu yang baru,

Sesuatu yang tak pernah kau bayangkan keindahan itu,

Kerana engkau adalah bidadari yang tercipta untuk menyinari dia.,

Seseorang lelaki yang sudah tertulis untukmu,






Sunday 13 July 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My




Assalamualaikum wahai semua Islam dan Salam Sejahtera untuk bukan Islam. Alhamdullilah, Allah memberikan udara untuk bernafas kepada saya. Alahamdullilah, terima kasih Ya Allah. Tadi, masa kunjung-mengujungi blog, kita singgahlah kejap tengok    http://www.lyssasecret.com/


Ala, blog yang famous dengan tutorial dia tu.. Hihihi..
Hari ini entry dia pasal Giveway, inilah pertama kali saya join GIVEWAY tau!!! Buat malu sahajalah aku nie..hahahahaha.....


Aku join nie sebab tertarik dengan tawaran dialah, al maklumlah nak rayalah katakan. Kalau dah nak raya, macam-macam nak kena beli ye ke ti dok???



Ermmm, kalau di takdirkan aku menang RM300, apa yang aku akan buat?
Saya nie, satu-satu anak perempuan yang tinggal dekat rumah yang tak berapa nak agam nie. Yewlah, kakak aku kerja sebagai polis dekat Kelantan but now she follow her husband at Lumut as a Navi. So, aku ingat naklah hiaskan rumah dengan lampu raya, decoration sikit ala-ala rumah orang lain. Nak harapkan abang sibuk dengan hal gym dia, abah pula walaupun dah bersara sibuk dengan persatuan-persatuan dia. Harapkan anak bongsu sorang nie jewlahkan.

 Aku nak rasa suasana raya kembali, macam mana Mak still live ten year ago, Akak Huda still stay with me. Kalau tahun nie, akak still tak balik Pahang, lima tahun dia tak raya bersama. Sedihkan kisah aku? Tahun nie, sah-sah aku tak balik lagi Melaka sebab ada exam, just back Nerek for melawat kubur arwah mak. Ermmm, I miss back Melaka, last 4 year ago.

Kalau bagi aku, RM300 tu kira banyak, kalau lepas dah beli barang-barang deko, ingat nak buat kuih raya banyak sikit, dengan nak berbuka puasa dengan abah dan abang sekali.Bestnya, pastu one more thing, aku nak belikan Abah baju melayu. Yewlah, lelaki. Dia tak macam perempuan, setiap tahun nak baju baru. Abah nie duit je kepok, tapi baju raya jarang sekalilah nak beli. Kata dia, tahun lepas punya baju still elok. Oh, My God. I don't no how to say!!! 
Can you all imagine??
Serius, dekat butik tu juga aku terdiam!!! Bukan sekali dua terkena, Abah oiiii...

But this time, i will make sure, i will buy  baju melayu for Abah and kalau ada lebih lagi belikan Abang sehelai itu pun kalau ada lebih aku nak beli baju raya. Hahaha... Ermmm, maybe cukup. Insyaallah. Tapi kalau jadi pemenang RM100 pun dah syukur, Tapi kalau dapat RM300 lagilah syukurnya. Hahahah.
I hope I'll be the winner. Insyaallah kalau ada rezekikan.
Selamat menyambut bulan puasa semua.