photo BeFunky_blackjpghome_zpse4ede1ab.jpg  photo BeFunky_blackownerjpg_zps49bfa7aa.jpg  photo tutorial_zps9f2a286f.jpg

Friday 12 July 2013

Kampung Girl

Kampung Girl

Asalamualaikum kepada semua pembaca, sudah hampir tiga bulan jari-jemari ini tidak menaip untuk online diariku ini... bukan apa sibuk dengan peperiksaan untuk Form4, mana nak study lagi, mana nak menulis lagi. Harap maaf sangat :)

 Okey, hari nie dengan senang hatinya aku nak menulis about Kampung Girl? Siapa pernah baca novel Kampung Girl nie? Ingat tak tiga bulan lepas aku ada tulis salah satu novel terawal pernah aku baca. Sebenarnya novel Kampung Girl nie aku dah baca hampir setahun yang lepas, dan kali ini novel ini telah mendapat tarik satu penerbit untuk menerbitkan cerita nie. Yeahhh!! Jangkaan tayangan cerita ini adalah 9:00 malam di Slot Zehra pada tarikh 12/7/2013. Tak sabar nak tunggu nie..








   Mesti korang tertanya-tanya siapa pelakon cerita tu. Untuk Heroin ada Nad Zainal seorang yang comel dan Hero pula Akim yang handsome tu. Sweet sangat, pandanlah dua orang tu dengan dalam watak tu, kalau dekat luar pun tak apa.

 Meh sini aku bagi sinopsi sikit cerita Kampung Girl nie.. baca betul-betul tau :)
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
Hero Ashraf Khairi-Akim Ahmad
Heroin-Nad Zainal



                                     




                                  





                                            





Selamat menonton Kampung Girl di Tv3 setiap Jumaat di Slot Zehra di Tv3 :) Ejoy my sweet blogger. From Shikin Ismail